Tempoh mengundi akan dilanjut 1 jam pada PRU15

Tempoh mengundi akan dilanjut 1 jam pada PRU15

Tempoh mengundi akan dilanjut 1 jam pada PRU15. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh masa pengundian selama satu jam bagi memberi masa mencukupi untuk orang ramai mengundi undi, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata penambahbaikan bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus.

“Bagi Semenanjung, waktu mengundi ditetapkan ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi jawapan bertulis.

Tempoh mengundi akan dilanjut 1 jam pada PRU15

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) yang bertanya mengenai penambahbaikan yang akan dilaksanakan SPR bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi, selain jaminan ketelusan proses mengundi, pada PRU15.

Wan Junaidi berkata, pemanjangan tempoh masa berkenaan, berbanding 8 pagi hingga 5 petang, pada PRU14, dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih mengundi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penambahbaikan lain termasuk mewujudkan saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU).

“Saluran satu dan dua di pusat mengundi adalah dihadkan kepada 450 orang pemilih saja dan adalah saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas serta OKU,” katanya.

Selain itu, berikutan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, beliau berkata, SPR juga mengambil inisiatif menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada, bertujuan mengelakkan kesesakan.

Tambahnya, SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis memandang serius kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas tempoh berkempen oleh mana-mana parti atau calon.

Sebarang aduan kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dibuat, katanya lagi, sewajarnya diajukan kepada pihak SPRM dan Polis untuk tindakan susulan.

Baca Lagi:
Pesara dari Pulau Pinang jadi jutawan sekelip mata
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
Jadi yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut tragedi rusuhan bola sepak
CATEGORIES