Pesakit tunggu ambulans sampai 2 hari baru sampai

Pesakit tunggu ambulans sampai 2 hari baru sampai

Pesakit tunggu ambulans sampai 2 hari baru sampai. Pesakit di Britain terpaksa menunggu selama lebih dua hari untuk menanti ketibaan ambulans, demikian menurut pendedahan data dikeluarkan Parti Buruh seperti dilaporkan akhbar Metro UK.

Data daripada laman web Freedom of Information (FOI) menggambarkan keadaan teruk dan tekanan yang dihadapi Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) iaitu agensi kesihatan awam Britain.

Menurut laporan sama, rakyat di seluruh negara terpaksa menunggu lama untuk ketibaan ambulans atau mereka terkandas di luar hospital ketika menanti untuk dimasukkan ke wad kecemasan.

Pesakit tunggu ambulans sampai 2 hari baru sampai

Di rantau North West England contohnya, seorang pesakit perlu menanti sekurang-kurangnya 65 jam dan 38 minit untuk mendapatkan ambulans bagi panggilan kategori 3 pada Disember lalu.

Ia dikategorikan sebagai kes ‘segera’ namun tidak mengancam nyawa serta-merta dan perlu diberi tindak balas dalam masa dua jam bagi sembilan daripada 10 kes.

Sementara itu, sebilangan pesakit di West Midlands dan Yorkshire pula menanti ambulans selama lebih 21 jam selepas membuat panggilan kecemasan kategori 2.

Panggilan kategori tersebut perlu diberi tindak balas dalam masa 18 minit dan ia termasuk kes serangan jantung dan strok.

Penantian paling lama untuk panggilan kategori 2 adalah di East Midlands iaitu lebih 26 jam.

Data FOI lain yang dikumpul oleh Parti Buruh pada 2022 menunjukkan seorang pesakit perlu menanti selama 40 jam di bahagian belakang ambulans di luar sebuah hospital di South West.

Sementara di East of England pula, penantian yang dicatatkan adalah hampir 36 jam dan 32 jam di West Midlands.

Setiausaha Bayangan Negara untuk Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Wes Streeting berkata, ini adalah realiti yang menakutkan selepas 13 tahun Parti Konservatif membiarkan NHS mengalami masalah kekurangan staf.

Baca Lagi:
Rosmah Mansur kena saman RM67.461 juta dari Syarikat berlian Lubnan
4 sekawan kena kacau di apartment Port Dickson harga RM200 satu malam
230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?
CATEGORIES