Penyanyi terkenal kongsi kenapa kita kena percaya perempuan berhijab berbanding lelaki yang memakai sut

Penyanyi terkenal kongsi kenapa kita kena percaya perempuan berhijab berbanding lelaki yang memakai sut

Penyanyi terkenal kongsi kenapa kita kena percaya perempuan berhijab berbanding lelaki yang memakai sut. Siapa tidak kenal dengan penyanyi kumpulan Radiohead, Thom Yorke yang banyak mewarnai zaman remaja anak-anak yang lahir pada tahun 90-an dan menjadi antara penggerak kepada revolusi pemikiran anak muda dalam muzik dan politik di zaman-zaman sewaktu mereka meningkat naik.

Terbaharu, melalui perkongsian yang dibuat oleh sebuah laman TikTok bernama @Letterslive, Thom Yorke berkongsi sebuah surat yang ditulis oleh Henry Stewart dari London, kenapa kita kena percaya perempuan berhijab berbanding lelaki yang memakai sut – kot, kemeja dan bertali leher.

Di atas sebuah mimbar dengan dua mikrofon menghala ke mulut Thom, beliau memulakan bacaan tersebut dengan kepada surat, “Kepada editor,” sebelum membaca isi surat yang menulis kenapa pakaian tidak melambangkan hati seseorang.

Penyanyi terkenal kongsi kenapa kita kena percaya perempuan berhijab berbanding lelaki yang memakai sut

Gambar hiasan

“Tiada wanita berburka atau berhijab atau burkini yang pernah menyakiti saya. Tetapi saya dipecat tanpa penjelasan oleh seorang lelaki yang memakai sut.
“Lelaki yang memakai sut juga silap memberitahu saya mengenai pencen dan wakaf yang berharga ribuan pound kepada saya.
“Seorang lelaki yang memakai sut juga membawa kita pada peperangan yang dahsyat. Lelaki yang memakai sut juga memimpin bank dan menghancurkan ekonomi dunia.
“Lelaki yang memakai sut juga menekan kesengsaraan kepada berjuta-juta orang melalui polici austerity. jika kita mula memberitahu orang apa yang perlu dipakai, mungkin kita harus mengharamkan lelaki yang memakai sut,” kata Thom sebelum disambut gelak ketawa oleh penonton.
@letterslive Thom tells it like it is 👀 #thomyorke #radiohead #thesmile ♬ original sound – Letters Live

Tidak pasti apakah majlis atau acara yang dihadiri oleh Thom tersebut, namun isi surat tersebut tular dan dikaitkan juga dengan pelbagai kegusaran yang terjadi di dunia kini.

Untuk rekod, kumpulan Radiohead ditubuhkan lebih 30 tahun lalu di Abingdon School, sebuah institusi swasta elit di tengah-tengah kawasan luar bandar. Keistimewaan yang dimiliki oleh mereka ini menjadi akar kepada titik mula pemberontakan dalam bait lirik terhadap sistem.

Thom sendiri pernah mengakui bahawa mereka masuk ke sekolah yang sistem pendidikan yang mahal dan apabila dewasa, dia sukar untuk menerima bahawa dia sebenarnya pernah bersekolah di sebuah tempat yang elit.

Baca Lagi:
Selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, ini hobi baru Sultan Johor buat ramai terkejut
Suami PJJ kantoi tidur dengan isteri orang, bila aku dah kumpul bukti, aku rasa serba salah dengan perbuatan aku bila anak cakap sesuatu..
Ini sebab kenapa bengkel orang melayu susah nak buat duit macam bengkel orang cina
CATEGORIES