Wanita gembira mahkamah sahkan penceraian, rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’

Wanita gembira mahkamah sahkan penceraian, rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’

Wanita gembira mahkamah sahkan penceraian, rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’. Kata orang, kita hanya benar-benar mengenali peribadi pasangan kita selepas berkahwin dan tidur sebantal. Namun siapa sangka bagi wanita bernama Meylisa Zaara, dia malah mengetahui sisi gelap suaminya yang benar-benar mengejutkan hinggakan rumah tangganya menjadi goyah.

Selepas kahwin, suami kerap mengelak & akan marah ketika disentuh

Sekitar September tahun lalu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis yang cukup mewah. Namun hanya selepas 2 bulan bernikah, Meylisa pelik dengan perubahan sikap suaminya yang tidak suka didekati apalagi disentuh.

Wanita gembira mahkamah sahkan penceraian, rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’

Walhal ketika zaman bercinta, lelaki itu melayaninya dengan cukup baik. Akhirnya segala pekung terbongkar, si suami rupanya mempunyai skandal yang merupakan golongan ‘sejenis’.

Rakan baik suami adalah pasangan skandal ‘sejenis’

Paling menyedihkan, ‘orang ketiga’ itu merupakan kawan baik kepada suaminya sendiri yang juga menjadi salah seorang saksi ketika acara ijab kabul mereka dijalankan. Selain menjumpai bukti chat mesra, Meylisa juga pernah berkali-kali menangkap mereka check-in di hotel. Enggan lagi terus dikhianati, dia sudah memfailkan tuntutan cerai untuk ‘bebas’ daripada lelaki tersebut.

Hidup aku lebih bahagia sekarang…Semoga di masa hadapan tidak salah pilih lagi

Setelah lebih 5 bulan berjuang dan menghadiri 11 kali persidangan, Meylisa menzahirkan rasa syukur pihak mahkamah akhirnya mengesahkan penceraian mereka. Sambil berjalan memasuki kereta, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang terpancar di wajah. Pasrah dengan ketentuan Ilahi, selepas ini dia akan bangkit dengan semangat baru.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa bengkel orang melayu susah nak buat duit macam bengkel orang cina
Suami PJJ kantoi tidur dengan isteri orang, bila aku dah kumpul bukti, aku rasa serba salah dengan perbuatan aku bila anak cakap sesuatu..
Selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, ini hobi baru Sultan Johor buat ramai terkejut
CATEGORIES