Penonton maut dirempuh kereta litar lumba Dato Sagor

Penonton maut dirempuh kereta litar lumba Dato Sagor

Penonton maut dirempuh kereta litar lumba Dato Sagor. Seorang pengusaha bengkel maut dirempuh kereta jenis Proton Satria ketika menyaksikan acara permotoran di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun berada di tepi litar untuk menyaksikan pertandingan melibatkan 12 kenderaan bagi kategori 1800cc.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila dua kenderaan gagal mengawal kenderaan ketika bergesel semasa menghampiri garisan penamat.

Penonton maut dirempuh kereta litar lumba Dato Sagor

“Salah sebuah kenderaan telah terbabas ke kanan lalu memasuki bahagian berumput yang ketika itu terdapat beberapa penonton sedang berdiri.
“Kereta terbabit terlanggar salah seorang penonton yang berada dalam jarak 9 meter dari laluan litar. Tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan yang bersedia di lokasi perlumbaan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sekitar jam 5 petang ketika menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, Parit.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru,” katanya.

Tambah Mohd Yusri, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Baca Lagi:
Muat naik video dalam bilik hotel, netizen nampak kelibat lelaki dalam bilik bersama Tiz Zaqyah
Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak
Senarai tarikh penting bayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 & RM350

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *