Barang sampai sebelum raya, Ini tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee

Barang sampai sebelum raya, Ini tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee

Barang sampai sebelum raya, Ini tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee. Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi, dan kerana ia merupakan cuti umum kebangsaan, semua syarikat penghantaran ekspres domestik akan bercuti semasa tempoh tersebut.

Baru-baru ini, Shopee telah mengumumkan tarikh akhir untuk penghantaran barang-barang yang dibeli di platform tersebut sebelum Hari Raya.

Menurut laman web Shopee, Tarikh Akhir merupakan hari terakhir bagi pengeposan barang bagi memastikan bungkusan pesanan dapat diterima oleh pembeli sebelum Hari Raya.

Barang sampai sebelum raya, Ini tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee

Untuk pengetahuan anda, semua bungkusan tidak akan dihantar kepada penerima semasa cuti.

Pesanan yang dipos selepas tarikh akhir yang ditetapkan hanya akan diterima selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh akhir penghantaran kurier pos barang dibeli dari Shopee

Berdasarkan infografik Shopee, terdapat sembilan saluran penghantaran syarikat ekspres yang menetapkan tarikh akhir pengeposan bagi membolehkan bungkusan diterima sebelum Hari Raya.

Bagi SPX Express, tarikh akhir pengeposan barang adalah pada 5 April 2024 untuk Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah pada 2 April 2024.

Tarikh ini sama seperti tarikh akhir pengeposan barang bagi syarikat ekspres, Ninja Van.

Seterusnya, tarikh akhir pengeposan kurier J&T Express Malaysia adalah 6 April (Semenanjung Malaysia) dan 2 April 2024 (Sabah & Sarawak).

Manakala untuk Poslaju, tarikh akhir penghantaran bungkusan dalam Semenanjung adalah pada 9 April dan 2 April untuk Sabah & Sarawak.

Bagi syarikat kurier DHL, tarikh akhir yang ditetapkan adalah 4 April untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia, manakala 2 April untuk penghantaran di Sabah & Sarawak.

Selain itu, Flash Express menetapkan tarikh akhir penghantaran bagi Semenanjung Malaysia pada 4 April dan Sabah & Sarawak pada 1 April.

Namun, tiada maklumat dinyatakan berkenaan tarikh akhir penghantaran bagi Sabah & Sarawak untuk perkhidmatan POS MALAYSIA, J&T Cargo dan BEST CARGO.

Barang sampai sebelum raya, Ini tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee

Selain itu, pembeli disarankan untuk membuat pesanan barang lebih awal.

Ini kerana ia akan membolehkan penjual melakukan pengeposan barang pada tarikh yang ditetapkan untuk diterima sebelum Hari Raya.

Baca Lagi:
“Selamba hantar mesej, ‘you, kita kahwin jom?’”- Datuk Red cerita awal perkenalan dengan Adira Suhaimi curi tumpuan ramai
“Suami keluar malam tak balik rumah, bila call kawan pejabat barulah terbongkar perkara sebenar, rupanya suami kena tangkap basah dalam stor pejabat”
“Buat malu nama polis je”- Wanita dedah diganggu polis gatal di media sosial, siap hantar video kucing ‘kangkang’
CATEGORIES