Pemuda Cina datang majlis kahwin gadis Melayu pertama yang dia cintai dulu

Pemuda Cina datang majlis kahwin gadis Melayu pertama yang dia cintai dulu

Pemuda Cina datang majlis kahwin gadis Melayu pertama yang dia cintai dulu. Seorang pemuda berbangsa Cina secara terbuka berkongsi kisah cinta pertamanya terhadap seorang gadis Melayu ketika berada di alam sekolah menengah.

Liang Chia, turut berkongsi video ketika menghadiri perkahwinan gadis tersebut di TikTok dan memuji dirinya masih cantik seperti kali pertama berjumpa di tingkatan satu.

Pemuda Cina datang majlis kahwin gadis Melayu pertama yang dia cintai dulu

“Dia merupakan gadis Melayu paling cantik yang pernah saya jumpa. Dia aktif, manis dan menawan. Senyumannya mampu mencairkan segala-galanya. Kalau anda lihat senyumannya, anda mungkin tidak akan dapat lupakannya seumur hidup.

“Dia masih cantik seperti kali pertama saya jumpanya di tingkatan satu. Semoga Tuhan kurniakan permulaan kehidupan baru dengan hikmah, berkat dan kegembiraan,” kongsinya menerusi video tersebut.

@ooiliangchia♬ Better With You – Austin Mahone

Perkongsian Liang Chia itu menerima reaksi baik orang ramai yang memuji sikap positifnya itu.

“Kenangan terindah sangat la tu, saya gembira awak nikmati majlis perkahwinan dia. Teruskan kekalkan aura positif,” ujar Tchmas.

“Kita pula yang sedih ni Chia. Tak apa ramai lagi yang cantik tau. Cuba awak tengok saya, senyuman saya pun boleh cairkan segalanya,” seloroh Kirana.

“Saya tak tahu, tapi perasaan mesti dah tak ada kan sebab benda pun dah lama berlalu?” soal seorang lagi pengguna.

Baca Lagi:
Pertarungan Anwar dan Mahathir belum berakhir
Koperal direman 3 hari reka cerita disamun sebab nak dapat simpati dari isteri
Suami gaji RM30k sebulan 5 tahun kahwin tak pernah bagi nafkah, aku terpaksa catu susu anak sehari 2 kali
CATEGORIES