Koperal direman 3 hari reka cerita disamun sebab nak dapat simpati dari isteri

Koperal direman 3 hari reka cerita disamun sebab nak dapat simpati dari isteri

Koperal direman 3 hari reka cerita disamun sebab nak dapat simpati dari isteri. Seorang anggota polis berpangkat koperal direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memberi keterangan palsu dan berkongsi menyebar kandungan palsu di media sosial membabitkan dirinya yang konon disamun pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, anggota unit peronda Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Zon Utara itu ditahan selepas pihaknya mendapati keterangan yang diberinya semasa membuat laporan pada Sabtu lalu meragukan.

“Semasa siasatan dilakukan kita dapati keterangannya seolah-olah direka dan akhirnya anggota berusia 38 tahun itu mengaku dia sengaja mereka cerita sedangkan kejadian itu tidak berlaku.
“Anggota itu turut mengaku dia berbuat demikian kerana ingin menarik perhatian dan menagih simpati isterinya selepas hubungan dan rumah tangga mereka dalam pergolakan,” katanya.

Koperal direman 3 hari reka cerita disamun sebab nak dapat simpati dari isteri

Terdahulu, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Anis Suraya Ahmad di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Sementara itu Zaidy berkata, perintah reman itu dipohon bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Ahad lalu, akhbar ini melaporkan seorang anggota polis membuat laporan dirinya terlibat dalam cubaan samun ketika melalui jalan pintasan Gurun-Jeniang berdekatan sebuah kilang motosikal, di sini.

Kejadian didakwa berlaku pada pukul 10.15 malam ketika dia memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani selepas selesai tugas di Plaza Tol Gurun.

Dalam laporannya, dia mendakwa melihat seorang lelaki terbaring di tengah jalan dan memberhentikan kenderaannya dengan niat untuk membantu dan ketika mendekati lelaki terbabit, tiba-tiba muncul dua lelaki lain lalu menendangnya dari belakang.

Anggota polis itu kononnya cuba melawan untuk mempertahankan dirinya sebelum berjaya menumbuk salah seorang suspek menyebabkan dua lagi suspek melarikan diri.

Dia kemudian memberitahu isterinya yang sedang berkursus di Kuala Lumpur selain bertindak memuat naik dalam laman sosial Facebook hingga menjadi tular sehingga mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Baca Lagi:
Lelaki beli burger tengah malam, bila buka bungkusan terkejut ‘beruk’ dapat free gift benda ni
Pesanan Che Ta buat kaum wanita ramai rasa nak berubah mulai sekarang
“Rezeki datang pelbagai cara”, pekerja terima bonus selepas pulangkan duit pelanggan
CATEGORIES