Muhyiddin bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal

Muhyiddin bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal

Muhyiddin bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dipercayai berada dalam senarai pemimpin pembangkang yang akan didakwa dan MalaysiaNow difahamkan bekas perdana menteri itu akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal esok.

Setakat ini, masih belum jelas pertuduhan yang akan dikenakan terhadap presiden Bersatu itu yang mengetuai kerajaan semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Akan tetapi desas-desus ini muncul selepas beberapa minggu pemimpin kerajaan menyerang Bersatu, disusuli dengan soal siasat terhadap pemimpin parti itu berhubung dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan JanaWibawa, program pasca Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Muhyiddin bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga membekukan akaun bank Bersatu sehinggakan parti itu tidak dapat membayar operasi hariannya.

Pada 20 Februari, Wan Saiful Wan Jan yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor serta seorang lagi pemimpin parti ditahan dan didakwa SPRM.

Sebarang langkah menahan Muhyiddin dijangka akan memanaskan lagi suhu politik negara.

Pemimpin PN sebelum ini memberi amaran pentadbiran Anwar Ibrahim akan melakukan penahanan secara besar-besaran bagi memburuk-burukkan pemimpinnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di mana lima daripadanya mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) hilang undi Melayu kepada PN.

MalaysiaNow sedang menunggu maklum balas daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengenai spekulasi terbaru ini.

Baca Juga : 
Lelaki hina Nabi, conteng masjid perkataan ‘babi’ dikesan
Sebab Syamsul enggan cerai Puteri Sarah, Ira Kazar menangis ‘melepas’ dapat gelaran Datin
Tarikh bayaran Bantuan E-Wallet RM200 setiap rakyat Malaysia
CATEGORIES