Pemain China hilang 7 batang gigi selepas bertembung dengan pemain Malaysia ketika perlawanan bola. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan dalam apa juga keadaan. Kemalangan dalam sukan juga bukanlah sesuatu yang baru lebih-lebih lagi sukan yang ada body contact seperti bola sepak, hoki dan sebagainya.
Terbaru, pemain pertahanan bola sepak China terpaksa dicabut tujuh batang gigi gara-gara bertembung dengan pemain Harimau Malaya ketika aksi persahabatan di Chengdu, China.
Pemain China, Li Shuai bertembung lalu berlaga dengan Syahmi Safari di udara ketika cuba untuk menanduk bola, Li Shuai kemudiannya dibawa keluar padang dan digegaskan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri.
Menurut laporan Berita Harian, pemeriksaan di hospital mendapati tulang belakang Shuai tidak terjejas namun susulan pertembungan itu, doktor terpaksa mencabut tujuh giginya.
Difahamkan, pemain berusia 28 tahun itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berita itu pastinya melegakan ketua jurulatih pasukan tersebut, Aleksandar Jankovic.
Sebagai info, ketika perlawanan tersebut, skuad kendalian Kim Pan Gon berjaya mendahului tuan rumah apabila Faisal Halim menjaringkan gol pertama, namun pasukan China menyamakan kedudukan pada minit ke-36 perlawanan.
Li Shuai, the left-back for Shanghai Port, was rushed to the hospital unconscious after a collision with a Malaysian opponent on Saturday. Fortunately, his spine is not injured. However, seven of his teeth have to be removed due to the concussion. pic.twitter.com/Y94tmNzNPb
— China Sports Vision 2050 (@CSV2050) September 11, 2023