Senarai 5 rumah pemimpin di Malaysia yang mewah dan indah dipandang. Bercakap mengenai pemimpin Malaysia, mereka bukan sahaja menjadi tumpuan berkaitan penglibatan dalam institusi kerajaan, tetapi juga dari segi kemewahan. Sudah tentu, apabila seseorang itu menjadi orang penting dan berpengaruh, banyak aset mewah yang dimiliki, terutamanya rumah kediaman.
Jadi, berdasarkan carian di laman internet Property Guru, berikut adalah antara foto kediaman bagi setiap pemimpin yang disenaraikan di bawah. Cantik-cantik dan indah dipandang!
5 RUMAH PEMIMPIN MALAYSIA YANG MEWAH DAN INDAH DIPANDANG
1.Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir
Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah anak ke-5 kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dari tahun 2013 hingga 2015.
Apa yang menarik tentang reka bentuk kediaman Dato’ Seri Utama Mukhriz ini adalah ruang kolam mandi yang besar, yang sangat sesuai dijadikan lokasi untuk majlis keraian. Jika diadakan majlis pada waktu malam, suasananya pasti lagi cantik!
2.Lim Guan Eng
Lim Guan Eng pernah mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri dari tahun 2008 hingga 2018. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan Malaysia dari 2018 hingga 2020, semasa pentadbiran di bawah Tun Mahathir.
Walaupun dikatakan membeli rumah mewah di bawah paras harga pasaran, ramai yang memuji kediaman di Georgetown ini kerana ia kelihatan seperti dalam filem animasi Jepun.
3.Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia sejak 2022. Bukan sahaja terkenal dengan wataknya yang tegas dan berkarisma, malah kediamannya juga menjadi tumpuan. Kediaman yang terletak di Bukit Segambut ini tersergam indah seperti berada di kawasan lereng bukit New Zealand. Tampak ‘classy’!
4.Tun Dr. Mahathir Mohamad
Individu yang sememangnya hebat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Tun M, terkenal atas kebijaksanaannya dalam pembangunan ekonomi dan pembaharuan sosial di Malaysia, serta peranannya yang penting dalam mendorong negara ke arah moden.
Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh yang panjang, dari tahun 1981 hingga 2003, dan turut menjadi inspirasi ramai dalam reka bentuk rumah. Kediamannya yang nampak mewah dan elegan, dengan kawasan laman yang luas, menjadikan rumah ‘old school’ ini sangat diminati.
5.Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak terkenal dengan barang-barang mewah yang dimilikinya, termasuklah rumah banglo mewahnya yang terletak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta. Rumah tersebut sering menjadi tumpuan pihak media kerana mempunyai bumbung berwarna kuning seperti keemasan!
Bila agaknya dapat duduk di rumah besar dan mewah seperti ini? Merenung…