Hati-hati di lebuhraya SUKE, penunggang motosikal cedera dileher terkena jerat tali tangsi tengah jalan

Hati-hati di lebuhraya SUKE, penunggang motosikal cedera dileher terkena jerat tali tangsi tengah jalan

Hati-hati di lebuhraya SUKE, penunggang motosikal cedera dileher terkena jerat tali tangsi tengah jalan. Seorang lelaki tercedera di leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) simpang masuk ke Kampung Dato Mufti pada Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu tular dalam dalam media sosial Twitter (X) selepas mangsa, @mdzulhilmi memuat naik video dan gambar yang memaparkan rakaman selepas kejadian.

Menerusi perkongsian lelaki mengalami luka pada leher akibat terjerut tali tangsi ketika menunggang motosikal di jalan raya tersebut.

Hati-hati di lebuhraya SUKE, penunggang motosikal cedera dileher terkena jerat tali tangsi tengah jalan

Dia turut meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet untuk mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

Pada masa sama, lelaki berkenaan meminta orang awam yang melalui lebuh raya tersebut agar berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Baca Lagi:
Rasa tak sedap hati, lelaki terkejut jumpa sihir 7 batang jarum melekat atas siling kedai yang bermaksud 7 hari tiada pelanggan
30 tahun berkhidmat jadi pembaca berita TV3, Raymond Goh meninggal dunia
Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!
CATEGORIES