Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!

Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!

Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget! Bagi yang memandu kereta, kita memang kena bersedia untuk parkir di pelbagai lokasi. Ada masa kita kena parkir kereta di kawasan yang agak mencabar dan kurang selamat.

Tapi dek kerana tiada pilihan terpaksa juga meletakkan kereta di kawasan tersebut. Antaranya parkir di lokasi berbukit atau kawasan curam. Silap cara kereta boleh mengundur atau menggelongsor ke depan. Sebab itu ada yang sampai letak bata untuk elak kejadian ini berlaku.

Sebenar tak perlu cari bata atau batu sebagai penyendal kalau parkir di kawasan berbukit sama ada menurun atau menghadap bukit. Apa yang perlu, kita kena tahu cara betul dan selamat untuk memarkir di kawasan ini.

Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!

Berikut adalah cara yang betul dan selamat sekiranya perlu memarkir kenderaan di kawasan curam atau berbukit:

1. Tinggalkan ruang

Jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit, pastikan anda meninggalkan ruang di belakang kenderaan. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan kenderaan kemudian.

Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, tinggalkan ruang di hadapan kereta, ia juga untuk memudahkan anda mengeluarkan kereta kemudian.

2. Teknik pusing tayar

Pusingkan tayar hadapan ke arah berlawanan daripada tembok tepi jalan jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit (rujuk gambar).

2049111

Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, pusing tayar hadapan menghadap tembok tepi jalan (rujuk gambar di bawah).

2049113

Cara ini menghalang kereta anda mengundur ke belakang atau maju ke hadapan jika kenderaan bergerak, di mana tembok berfungsi sebagai penghalang.

3. Guna gear yang betul

Selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan dan tukar gear daripada mode D kepada P bagi kereta automatik.

Bagi kereta manual, selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan. Tukar kepada gear reverse jika parkir menuruni bukit, dan tukar kepada gear 1 jika menghadap bukit.

4. Sebaiknya pilih parkir di tempat yang lebih selamat

Jika ada pilihan, sebaiknya elak dari parkir kereta di lokasi berbukit atau curam terutama jika keadaan cuaca hujan lebat. Sekiranya air deras melalui kawasan ini ada kemungkinan terjadi tanah runtuh.

Baca Lagi:
Bertumbuk tengah padang, 2 remaja lelaki di Kelantan tunjuk hero bakal dipanggil polis
Kes bakar tahfiz: Pemuda kekal lepas, bebas tuduhan bunuh 23 pelajar dan guru
Jangan letak kain atas peti sejuk kalau tidak mahu jadi macam ini
CATEGORIES