
Rasa tak sedap hati, lelaki terkejut jumpa sihir 7 batang jarum melekat atas siling kedai yang bermaksud 7 hari tiada pelanggan
Rasa tak sedap hati, lelaki terkejut jumpa sihir 7 batang jarum melekat atas siling kedai yang bermaksud 7 hari tiada pelanggan. Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang bertindak membuang sihir sebuah kedai yang ditemuinya terlekat pada siling.
Dalam video tular sama, dapat dilihat lelaki tersebut mencabut sesuatu seakan-akan helaian kertas daripada siling. Ketika didedahkan, boleh nampak ada beberapa batang jarum yang dicucuk pada kain kuning.
Menurut komen lelaki tersebut dalam video sama, dia boleh merasakan ada sesuatu yang tidak kena di kawasan tersebut sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.
Di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya terkejut dengan cara sihir tersebut disorokkan.
Ada juga netizen tertanya-tanya siapakah yang menampal sihir tersebut pada siling kedai kerana keadaannya yang tersorok dan diselaputi cat.
@kangafif_84♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
“Maksudnya orang yang plaster cat/siling tu la. Mesti dia tahu,” kata seorang pengguna.
“7 batang jarum bermaksud 7 hari kedai sunyi tanpa pelanggan. Itu bermakna hari-hari kedai tidak akan ada pelanggan,” kata papa.
“Tak terfikir macam itu diletaknya. Ingatkan tanam je,” kata seorang lagi pengguna.
Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!
Wanita terkejut terima duit RM20 palsu 2 keping dilukis tangan ketika salam kaut kenduri kahwin
Ameera Khan dituduh terlibat dalam perjudian perlawanan kuda, ini penjelasan Datin Noor Kartini
CATEGORIES Berita