Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam dengan pelajar senior dalam bilik asrama

Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam dengan pelajar senior dalam bilik asrama

Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam dengan pelajar senior dalam bilik asrama. Seorang pelajar junior mendakwa menjadi mangsa liwat kepada pelajar senior selama dua jam, dalam kejadian di bilik asrama sebuah pusat pengajian, di Langkawi, pada Ahad.

Mangsa berusia 16 tahun dikatakan dipanggil seorang pelajar senior masuk ke biliknya, pada 1 pagi.

Ketua Polis Kedah , remaja itu yang masuk ke bilik berkenaan kemudian dikilas tangan oleh suspek berusia 19 tahun, sebelum mangsa mendakwa menjadi mangsa liwat pelajar senior terbabit.

Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam dengan pelajar senior dalam bilik asrama

“Hasil siasatan awal, kita mendapati mangsa membuat laporan berhubung kejadian kerana mahu kejadian menimpa dirinya diambil tindakan oleh polis, selain untuk pemeriksaan di hospital.

“Mangsa dalam laporannya juga turut mendakwa yang kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan suspek pada 8.15 malam, pada Isnin, dengan kes masih disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan menumpukan siasatan secara menyeluruh dan meliputi segenap aspek dalam kes seperti dilapor dan didakwa mangsa berkenaan,” katanya.

Baca Lagi:
Pengasas Restoran Syed Bistro, Syed Kadir Syed Mahamad meninggal dunia
PH Terengganu umum tanding semua kerusi PRU15
Pamandu lori maut, papan tanda tumbang atas lori
CATEGORIES