“Pakcik aku seorang guru, dia paksa anak kahwin dengan lelaki tua sebagai isteri ketiga, sekali rahsia pakcik aku terbongkar”

“Pakcik aku seorang guru, dia paksa anak kahwin dengan lelaki tua sebagai isteri ketiga, sekali rahsia pakcik aku terbongkar”

“Pakcik aku seorang guru, dia paksa anak kahwin dengan lelaki tua sebagai isteri ketiga, sekali rahsia pakcik aku terbongkar”. Aku nak cerita pasal kisah Pakcik aku ni. Dia guru sekolah. Ajar subjek teras dan seorang yang boleh kata warak juga.

Masa aku kecik dulu, dia antara favorite pakcik kami sebab dia selalu melawat tok di kampung. Musibah berlaku, aku rasa itulah titik perubahan pakcik aku ni. Anak sulung lelaki pakcik meningal dunia secara tiba tiba di sekolah.

Lepas kejadian ni berlaku, pakcik aku jadi macam hilang arah. Dia jual rumah dia yang besar, selesa dan cantik, berpindah ke tempat lain dan terus hilang tanpa dikesan.

"Pakcik aku seorang guru, dia paksa anak kahwin dengan lelaki tua sebagai isteri ketiga, sekali rahsia pakcik aku terbongkar"

Nombor telefon dah ditukar. Adik beradik mak cuba cari pakcik, tapi lama kelamaan tok cakap tak payahlah cari dia. Nanti pakcik balik lah. Tok cakap Pakcik mungkin sedih sangat.

Selang beberapa tahun, macam tok cakap, pakcik muncul. Pakcik muncul sebab nak pinjam duit tok.

Katanya nak guna untuk niaga. Tok tak marah, tok bagi aja duit dia, tak perlu bayar balik. Sempatlah kami ambil tahu keadaan pakcik.

Dia masih seorang guru, tapi sekarang ada kedai makan. Sempat juga kami pegi melawat kedai dia. Kedai makan biasa biasa jual nasi goreng goreng.

Tak lama lepas tu, pakcik hantar jemputan anak perempuan dia nak bertunang. Sepupu aku tu cantik orangnya, mata coklat cair.

Aku namakan dia Farah jelah. Balik dari majlis bertunang tu, mak aku cerita yang Farah tu bertunang dengan orang Pakiistan.
Ikut plan mereka, lepas kahwin, Farah dan suami akan tinggal di Pakiistan. Aku terkejut juga tapi aku anggap mungkin tu memang taste dia.
Kemudian pakcik hilang semula macam dulu. Tok masih percaya yang nanti dia balik. Pasal Farah pulak, takde khabar berita dah kahwin ke belum.

Selepas banyak tahun, ayah tiba tiba dapat perkhabaran tentang pakcik kami yang hilang tu.

Rupanya pakcik aku dahpun dipecat sebagai guru. Kami sekeluarga terkejut sebab setahu ayah yang juga guru, susah untuk penjawat awam dipecat, kecuali jika ada masalah displin yang amat teruk.

Bila ayah siasat, ayah dapat tahu yang pakcik kerap sangat ponteng kerja tak hadir ke sekolah semata mata untuk urusan niaganya.

Kerja di sekolah dan murid murid pakcik terabai. Adik beradik mak sepakat tak mahu beritahu tok, tak mahu tok ingat semula pasal pakcik sebab dia pasti akan sedih.

Tak lama kemudian, tok meningal tanpa tahu dimana keberadaan pakcik. Pastinya korang tertanya kan kenapa ayah mak aku tak pergi jumpa pakcik walaupun dah jumpa?

Aku pun tanya juga mak aku, tapi mak aku pesan yang kalau kita pergi cari pakcik, mesti pakcik akan hilang semula nanti.

Mesti ada sebab kenapa pakcik melarikan diri macam ni. Ayah aku taklah beria ria sangat nak korek pasal keadaan pakcik ni, sebab ayah aku kata biarlah berita tu sampai sendiri.

Memang betul apa yang ayah aku cakap, berita tentang pakcik aku tu sampai juga walaupun tak dicari. Rupanya, pakcik larikan diri sebab dia terjebak dalam hutang Ah Long untuk perniagaannya.

Sebab tu pakcik kerap tukar nombor telefon, kerap berpindah kesana sini. Tak hadir ke bekerja sebab ahlong cari dia di sekolah. Paling kami terkejut pasal Farah bertunang dengan orang Pakiistan tu.

Rupanya pakcik tunangkan Farah untuk langsaikan hutang pakcik. Mujur tak jadi kahwin. Yang tu paling seriau aku dengar.

Fast forward beberapa tahun lagi, mak dapat panggilan yang pakcik nak datang melawat kerumah.

Mak aku terkejut, tapi kami sambut kedatangan pakcik macam biasa. Bila pakcik datang, dia nampak ceria dan friendly macam tak ada apa apa pernah berlaku.

Lama sangat tak jumpa, sampai aku tak cam muka anak anak dan isterinya.Bila bersembang dengan ayah, katanya pakcik sekarang berniaga buat produk sendiri.

Sempat lagi share resepi penawar kenncing manis yang dia cadang nak botolkan dan jual. Sejak dari tu, hubungan pakcik dan keluarga semakin pulih.

Dua tahun lepas, mak aku dapat jemputan kahwin Farah. Nama bakal suami dia Jamil. Meriah betul bagi aku, siap dengan kompang, silat dan macam macam makanan sampingan. Aku dengar Farah kahwin dengan orang kaya.

Mak aku ni bila jumpa adik beradik dia, tak pandang kiri kanan dah. Mesti pergi lepak dengan adik beradik dia.

Aku mula mula tak ambil port sangat siapa suami Farah, sampailah masa kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Mak aku tanya aku, nampak tak pengantin lelaki.

Aku cakap aku nampak, orangnya nampak tua, tapi mungkin sebab aku duduk jauh dari pengantin.

Lagipun aku rabun. Rupanya, memang pengantin lelaki, yang namanya Jamil tu, sebenarnya lebih kurang sebaya dengan pakcik aku. Dalam 50-an umurnya.

Farah tu sebaya aku, 20-an.

Aku cakaplah, dah jodoh dia kan, mungkin taste dia pakcik pakcik. Aku ingatkan mak aku nak proceed bebelkan aku sebab tak berjodoh lagi.

Rupanya tak. Ada cerita lain.

Farah tu sebenarnya isteri ketiga Jamil. Pakcik sebenarnya berhutang duit dengan Jamil, tapi Pakcik tak cukup duit nak bayar.

Jadi, Jamil letak syarat untuk kahwin dengan Farah sebagai ganti bayar hutang. Semua kos kenduri Jamil akan bayarkan juga.

Farah pun dijanjikan rumah dan kereta sendiri. Jamil pun ada berjanji dengan Pakcik macam macam.

Aku tanya mak aku, kenapa Pakcik setuju? Desperate sangat ke dia? Pakcik aku rupanya rasa terhutang budi dengan ‘kebaikan’ Jamil sebab tolong langsaikan hutang dia.

Tolong bayarkan kos kenduri. Janji macam macam nak tolong Pakcik. Yang ni terus buatkan aku terdiam. Sampai macam tu sekali nak balas hutang budi. Aku bukanlah nak kecam yang Farah tu jadi isteri ketiga.

Aku kesian sebab sikap Pakcik yang suka berhutang, anak jadi mngsa keadaan.

Kami ingatkan dia dah insaf pasal anak dia bertunang dengan Pakiistan. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, ayah aku yang kena bebel dengan mak aku pasal hutang.

Hutang duit atau hutang budi sekalipun, jangan sampai tergadai anak. Yang mak aku kesal, Pakcik macam tak ambil iktibar tentang perangai dia yang suka berhutang.

Tahun lepas mak aku ada cerita pasal Farah. Tak ada rumah, tak ada kereta. Farah terpaksa duduk dengan mak ayah dia sebab rumah sewa yang Farah duduk tu tak terbayar.

Yang kelakarnya, Suami dia dah kahwin lagi satu, jadi empat isteri dah. Aku rasa kesian dekat Farah. Aku mampu doakan yang terbaik je untuk dia dan keluarga Pakcik.

Aku faham yang Tuhan uji Pakcik, cuma aku rasa cara Pakcik handle ujian tu macam tak kena.

Sekarang aku pun dah kahwin. Walaupun anak aku lelaki, aku masih ceritakan hal ni dekat suami aku supaya one day, kalau dia berhutang, jangan sampai tahap jual anak anak untuk langsaikan hutang.

Jangan terhutang budi dengan orang sampai tergadai anak. Sekian… Bella.

Baca Lagi:
Cukai perkhidmatan mula naik 8%, ini yang perlu rakyat kena tahu
Mekanik ini ajar cara buat tingkap kereta jadi ‘auto’ naik dan turun
Lepas pendedahan penduduk & peniaga Indonesia, sebenar barang di Malaysia murah, rakyat je yang tak bersyukur
CATEGORIES