“Aku tolong asnaf cari kerja, dah dapat kerja gaji RM2,400, sekali ini yang dia buat sampai aku rasa menyesal tolong…”. Hi semua. Saya ada confession. Saya ada mengenali seorang Asnaf. Dia mempunyai isteri dan anak anak. Mereka hidup sangat daif. Dia berumur 35 tahun.
Saya mengenali dia ni ketika dia pernah bekerja sebagai pekerja kantin di tempat kerja saya. Disebabkan cov1d, kantin tutup dan dia tak bekerja.
Jadi saya mengambil keputusan untuk membantu nya, bukan dari segi duit. Tapi dari segi sumbangan barang keperluan dapur dan susu bayi.
Saya membantu nya selama 3 bulan dengan supply barang barang dapur ke rumah nya. Saya lihat dalam 3 bulan, dia tiada inisiatif untuk mencari kerja. Hanya duduk dirumah.
Saya rasa tak sedap dah, tapi masih cuba berfikiran positif. Saya bantu dia untuk dapatkan kerja. Saya ada kawan yang memiliki syarikat ‘security guard’. Saya recommend kan dia ni pada kawan saya dan diambil bekerja.
Skop kerja mudah, hanya duduk di post, selama 12 jam (mengikut shif pagi/ petang) diberi makan harian, kadang nasi berlauk, kadang goreng goreng, dan diberi gaji bersih sebulan RM2400.
RM2400 tu takda tolak duit minyak dan apa apa ya, kerana van datang ambil dari rumah. Di post guard pun ada wifi lagi. Kerja tak bosan.
Mudah kan kerja? Baru baru ini, dia buat hal tak masuk kerja, kerja 2 bulan lepastu tak datang, saya rasa malu sangat.
Kawan saya (yang memiliki syarikat security) tu dah pandang serong dan complain kat saya macam macam, saya hanya diam saja.. saya rasa sangat malu orang buat saya macam ni.
Saya datang ke rumah nya untuk bertanya khabar dan bertanya ada masalah ke? Kenapa tak datang kerja dah? Dia cakap dengan saya yang dia tak sedap badan dan sebagainya.
Pada ketika ini saya sudah berhenti memberi sumbangan barangan dapur ke rumah nya. Dan korang tahu time tu dia tanya saya, “cik, bulan ni tiada barang dapur ke?”.
Time tu aku rasa nak terajang habis dah. Tapi masih control macho dan stay cool. Tapi darrah dah naik kepala time tu. Aku cuba cool dan tanya dia, duit gaji mana? Buat bayar apa?
Dia kata duit habis bayar hutang. Dia ni ada 2 orang anak tahu. Satu umur 5 dan satu lagi umur 3. Tapi time aku datang tu, isteri dia tengah mengandungkan anak ke tiga.
Aku dalam kepala berfikir, kau ni orang susah.. kenapa tambah anak, tambah komitmen, kau sendiri sekarang kewangan tengah tak betul.
Masa tu rasa b0doh sangat la, rasa kepala ni kena pijak pijak. Tapi aku tetap salahkan diri, sebab terlalu berlembut dan percaya orang.
Aku ni bukan la orang mewah, sama macam kau orang, ada hutang ada bil nak bayar, tapi bila ada rezeki lebih memang aku cuba untuk bantu orang.
Start dari aku ke rumah dia tu, memang kali terakhir datang la. Lepastu aku berambus dan sampai sekarang tak jumpa dia dah.
Dengar cerita dia kena halau dari rumah sebab tak bayar sewa. Kau tengok eh, gaji RM2400, tolak sewa rumah 400 saja, ada balance 2k lagi bai. Tak cukup ke?
Ini bukan kali pertama aku dapat pengalaman macam ni, banyak kali dah. Aku tak la kata semua sama, segelintir ni memberi imej buruk pada asnaf yang lain yang betul2 memerlukan. Aku juga suka menjadi sukarelawan membantu asnaf dan memberi sumbangan yang tak seberapa.
Aku juga ada menyediakan beberapa food bank di sekitar surau /pam minyak di sekitar kawasan aku ni, kebanyakkan yang ambil, sampai bawak bakul dan plastik sendiri ceduk sampai licin.
Entah la. Banyak dah jumpa, dah tahu susah.. malas. Demand banyak, complain banyak, itu tak boleh ini tak boleh, tak tepati janji, tak tepati masa.
Hidup nak senang, tapi kerja ciput. Banyak sangat dah jumpa, dari 10 keluarga asnaf, 9/10 macam tu la.
Ini pengalaman aku, mungkin orang lain ok. Atau pun ada mana mana hamba Allah yang ada membantu asnaf, boleh korang muncul di ruangan komen cerita pengalaman, banyak baik ke buruk.
Aku ni macam korang jugak, dapat gaji, sehari habis separuh dah.. bayar rumah, kereta, bil api air itu ini, barangan dapur. Tak mewah pun, sama macam korang.
Tapi aku tengok golongan asnaf hidup macam nak senang, demand itu ini, minta simpati dan sebagainya. Entahlah, aku sekarang dah giveup habis nak bantu orang.
Sekarang lebih tumpu pada diri, dah tak ambil port nak mmpus ke nak lompat gaung ke, kau punya pasal la. Aku tak nak masuk campur, i give you an inch, you take a mile. Bagi betis, mahukan peha.
Dulu aku selalu persoal kenapa banyak golongan kaya ni jenis tak campur golongan bawah, buat hal masing masing saja.
Sekarang aku dah rasa pengalaman tu, baru aku faham kenapa. Kalau korang tengok kat Indonesia, orang kaya makin kaya, dan orang kaya ni buat hal sendiri saja, baru aku tahu sekarang kenapa.
Mungkin ada antara korang yang membaca ni ada pengalaman buruk juga seperti aku. Aku masih ingat pepatah, “give a man a fish, you will feed him for a day, teach a man how to fish, you will feed him for a lifetime”.
Tapi masalah sekarang, dah teach a man how to fish, tapi that man still stupid hari hari mau fillet o fish.
Seriously, bukan senang nak jadi senang. Bersyukur la dengan apa yang kita ada, hidup demanding 24/7 susah gak, hidup meminta disuap, minta suap mcdonalds a la carte cheeseburger takpe gak, kita boleh layan lagi, ni minta triple cheeseburger set large air fanta. Mencekik tak ingat dunia.
Macam tu la contohnya, bagi sikit.. nak lebih lebih. Takda humility, takda perasan grateful. Kalau diri sendiri tak nak berubah, mana ada orang lain boleh bantu dah.
Kalau rasa susah, plan untuk masa depan. Mula slow slow. Bukan seharian kau boleh jadi jutawan, kalau senang nak jadi jutawan dah semua orang jadi jutawan, habis siapa nak potong rumput. Kan?
Aku sebagai laki yang handsome dan ada iras iras buaya, nak pesan sikit.. jantan yang tahu dah hidup susah.. keje jangan nak sedap saja.
Kau hidup susah, planning.. financial.. kau sendiri banyak benda nak bayar, keje nak mancut aje, anak 5 orang, tak bagus ah macam tu, tak fair untuk anak kau hidup membesar dalam keadaan susah, makan kena catu dan sebagainya.
Budak budak tak salah apa, ni mak bapak ni. Rancang kekeluargaan, ada duit lebih sikit, memang dah cukup financial, time tu la boleh planning nak tambah anak.
Bila dah ada anak, ajar mereka value of life. Aku tak rasa yang kalau kita merancang untuk tambah anak atau tak itu satu kesalahan, aku kalau ada anak.
Aku tak nak anak aku susah, aku confirm nak anak aku dapat rasa quality of life. Masa aku kecil dulu nak makan kfc pun kalau ada hari hari penting atau ayah aku ada rezeki lebih,
Tapi aku nak anak aku nanti kalau dia nak kfc hari hari pun aku boleh beri, contoh macam tu la.
Aku berfikiran kalau dah betul2 kewangan kukuh dan ada extra baru kahwin, jaga anak orang.
Mak ayah budak tu besarkan dia, takkan kau nak suap dia nasi kicap saja hari hari. Kau demand nak cantik, isteri toleh kedai make up kau dah naik kening.
Itu baru kedai makeup tepi jalan, bukan sephora tau. Nak barang sedap, spend duit. Nak kete sedap, beli mercedes. Mahal tak? Mahal, maintanence mahal tak? Mahal.
Tapi sedap tak? Mestilah mat. Ni kau pakai perodua, tapi nak feeling ferrari, susah la mat. Cermin diri sendiri, tak mampu.. takda apa nak dimalukan la, lagi malu kalau dah tak mampu tapi tetap beli, lepastu kena kejar bank.
Aku tengok sekarang banyak orang semua beli barang fancy fancy. Lunch starbucks, kalau tak starbucks pun, lunch restoran ada aircond.
Aku punya bos, CEO gaji 50k monthly, gi kerja bawak bekal saja mat. Aku tak rasa aku sorang saja ada bos camni, korang yang lain ada tak bos yang masyuk, tapi besederhana. Ada kan? Entah la, banyak orang terpengaruh dengan kemewahan, semua nak habis fancy.
Kalau betul mampu, takda hal mat. Kalau betul mampu, bawak aje la bini getaway gi monaco naik business class. Ni yang tak mampu ni, tapi demand 24/7.
Itu pasal government banyak ceduk bangla import sini, kau orang la kerja takleh panas, yang perempuan pulak berpada pada la, bf kau kerja tukang rumah, kau pulak demand nanti dah kahwin nak honeymoon maldives, contoh.. ha macam itu la.
Jantan sekarang, bini tengah mandikan anak, susukan anak, kau layan bigo keje nak tengok amoi saja. Ha kau la, siapa lagi? Aku pun, kadang kadang aje. Tapi aku takda isteri. Kau nak barang top, bayar harga top.
Kalau nak kahwin, nak sedap, tapi taknak layan drama, baik takyah kahwin. Kahwin itu sahaja dah penuh drama, bukan berdosa pun kalau tak kahwin jantan oi, kau kahwin saja la dengan tangan kanan kau tu.
Ini pendapat peribadi, tapi aku takkan kahwin selagi kewangan tak elok. Once aku kahwin, bukan setakat aku cinta kau, kau cinta aku cium cium habis. Duit kena cari mat, itu baru isteri.
Dosa mat tak bagi nafkah kat isteri. Isteri kau jenis yang bekerja ke atau jenis duduk rumah layan soc ial media tengok zul aripin dalam drama ke, nafkah kena bayar mat. Itu tanggungjawab.
Kau tahu kan duit kau duit isteri, duit isteri duit isteri. Kalau tak ready nak layan semua ni, takyah la kahwin. Jadi macam aku, layan bigo gelek gelek. Takdalah, aku gurau saja… kot. Haha.
Aku nanti kalau dah ada isteri, aku akan manjakan habis.
Kalau aku kahwin, aku macam angan angan nak kahwin dekat tepi tasik, buat tema garden, buat petang sampai malam, khemah arabian lampu liplap, tema baju putih ala ala princess macam tu,
Ambil pakej photographer first class ha, honeymoon paling tidak layan europe aje, itu kalau sembang ada duit la, sekarang takda, tapi dalam perancangan.
Dalam proses menyimpan. Aku plan nak kahwin sekali saja seumur hidup, confirm la nak majlis kahwin grand mat.
Nak isteri dan semua keluarga selesa, termasuk para hadirin yang hadir tu. Kesian pula kalau para hadirin yang datang tak selesa, buat bawah khemah atas rumput lecak lecak, kesian perempuan, baru saja beli heels Vincci, dah berlumpur.
Kalau ada aircond, tertutup kan best. Hadirin pun selesa, takda la makeup cair, kau tak cite pakai baju kurung ketiak banjir, tak selesa mat.
Nanti dah ada isteri, of course la aku manjakan habis, bulan bulan layan spa, biar bini berurut, bini duk rumah kemas rumah apa semua, nak layan kau lagi, buat manicure pedicure biar kuku cun cun, bawak bini pergi body scrub, buat facial.
2 bulan sekali pulak bawak gi salon, buat hair relaxing buat treatment. Baru dapat bini hari hari macam model victoria secret.
Ni sembang kalau ada duit la, sekarang takda duit, so tak kahwin, sebab aku sedar diri. Ni kau complain bini tak lawa, bini mintak pencuci muka, kau suruh bini basuh pakai sabun buku.
Ewah kau, barang nak sedap, modal taknak keluar, lepastu masuk dalam internet puji bini orang lain cantik, bini dia cantik sebab suami dia keluar modal.
Walau kita lelaki, belajar sikit pasal perempuan. Tak payah beli majalah perempuan pun, google aje.
Apa perempuan suka, apa yang buat perempuan ber emosi, apa kah urutan untuk perempuan yang tengah period, contoh macam tu la.
Kau bagi layanan first class kat bini, malam atas katil kau dapat layanan first class balik, yang sedap kau.. bukan aku.
Aku nanti kalau dah kahwin, isteri beranak aku hantar swasta, duduk seorang sebilik, boleh demand doctor perempuan, nurse 24/7 jaga bini, ada tv, makan sedap, aku tak rasa rugi pun, 9 bulan isteri aku mengandung, ini the least aku boleh buat. Yang lahir anak aku jugak.
Macam aku cakap la, cermin diri. Tak mampu, buat cara tak mampu, jangan demand nak first class tapi modal ciput.
Tak semestinya kena beri benda mewah, pandai pandai la korang fikir romantik, jantan pun.. masa tackle pandai lak kau ayat..kau la jantan, siapa lagi. Ya termasuk aku. Tapi aku jantan buaya, kau jantan tak guna. Beza tu.
Mana tahu nanti habis covid, kau suprise isteri kau berdua getaway mana mana, tepi sungai ke, tepi pantai saja, buat la suprise.
Tak pun time kau cuti, duduk rumah kau buat kerja seharian kat rumah, kau biar isteri kau rehat, biar la dia nak bangun lambat, nak layan drama ke, kau masak kau settlekan semua untuk sehari, kan sweet mat.
Banyak lagi benda sweet kau boleh buat, sendiri pikir la mat. Itu pun nak aku suap ke, mentang mentang aku buaya.. kau minta semuanya ya. Ewah kau.
Ok la mat aku pun penat dah ni panjang aku bebel bebel macam orang kena gam dunlop copy ori shopee, barang dah la copy ori, shipping 4.60.
Aku nak sambung layan Tinder cari jodoh, masalah kat tinder ni aku nak cari perempuan elok
Terpaksa la, walau tak rela. Kau tengok camna buaya borak. Ok la geng. Jangan ambil hati pulak dengan confession ini. Sama sama muhasabah diri. I love you geng.
Jangan le mara, Saya gura gura saja.