Kecoh penduduk kampung kejar ‘penanggal’ yang cuba masuk rumah ibu mengandung

Kecoh penduduk kampung kejar ‘penanggal’ yang cuba masuk rumah ibu mengandung

Kecoh penduduk kampung kejar ‘penanggal’ yang cuba masuk rumah ibu mengandung. Penanggal (nama lainnya : balan-balan, tengelong atau kuyang) merupakan antara satu hantu yang biasa didengari dalam kalangan masyarakat kita. Dikatakan, makhluk halus ini sentiasa mencari ibu-ibu hamil sebagai sasaran mereka di malam hari. Apa yang menyeramkan, Hantu Penanggal itu akan berlegar dengan kepala serta organ mereka yang terpisah dari badan.

Hantu Penanggal cuba masuk rumah ibu hamil melalui tingkap bilik tidur

Baru-baru ini, penularan video menyaksikan Hantu Penanggal dikejar oleh ramai penduduk di sebuah desa ini cukup menarik perhatian ramai. Mempunyai warna jinggal menyala seakan-akan api, sumber berkata makhluk terbabit awalnya didapati cuba masuk ke dalam tempat tinggal seorang wanita hamil.

Kecoh penduduk kampung kejar 'penanggal' yang cuba masuk rumah ibu mengandung

Peristiwa seram ini berlaku di pendalaman Barito, Kalteng

Mujurlah wanita berkenaan sempat menjerit kuat sehingga didengari penduduk sekitar. Bagi memastikan orang lain daripada menjadi ‘target’, mereka telah mengejar Hantu Penanggal berkenaan yang terus berlegar-legar di udara. Terlihat suasana di kawasan perumahan itu bertukar kecoh apalagi dengan sinaran lampu suluh yang dibawa oleh warga kampung.

Pengakhiran adegan mengejar Penanggal terus menjadi tanda tanya

Hingga kini, kisah lanjut mengenai adegan kejar mengejar itu di desa terbabit masih belum dapat dipastikan lagi. Namun sejak dikongsikan semalam, rakaman seram itu sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

Baca Lagi:
Amaran bencana alam, ribuan tapak sulaiman terdampar di tepi pantai
Lepas pendedahan penduduk & peniaga Indonesia, sebenar barang di Malaysia murah, rakyat je yang tak bersyukur
Cukai perkhidmatan mula naik 8%, ini yang perlu rakyat kena tahu
CATEGORIES