Mekanik ini ajar cara buat tingkap kereta jadi ‘auto’ naik dan turun

Mekanik ini ajar cara buat tingkap kereta jadi ‘auto’ naik dan turun

Mekanik ini ajar cara buat tingkap kereta jadi ‘auto’ naik dan turun. Hari ini, hampir semua kereta moden didatangkan dengan fungsi auto window, yang membenarkan cermin tingkap kereta dibuka dan ditutup secara automatik dengan menekan butang sahaja.

Berbeza dengan kenderaan-kenderaan lebih berusia, anda perlu mengayuh satu pedal khas untuk menaikkan atau menurunkan cermin tingkap.

Namun begitu, teknologi ciptaan manusia ini tidaklah terlalu sempurna. Ada kalanya, fungsi auto window boleh terjejas yang berpunca daripada isu-isu tertentu.

Mekanik ini ajar cara buat tingkap kereta jadi 'auto' naik dan turun

Antara masalah biasanya yang dihadapi adalah cermin tingkap tidak dapat dinaikkan atau diturunkan secara automatik. Selalunya, ia berpunca daripada frem pintu, namun dalam keadaan tertentu, puncanya mungkin berbeza.
Misalnya berpunca apabila anda membiarkan terminal bateri dihidupkan terlalu lama. Dalam keadaan itu, sistem automatik cermin tingkap mungkin perlu diset semula.

Anda boleh baiki sendiri tingkap kereta yang ‘sangkut’

Menurut pengguna TikTok, @Altimat Auto Garage, apabila masalah itu berlaku, anda perlu menekal butang power window selama 10 saat.

Kemudian lepas dan tunggu sebentar. Selepas itu, tarik pula butang power window selama 10 saat juga.

Selesai melakukan dua perkara tersebut, anda boleh menguji power window dan akan mendapati fungsi auto window akan kembali seperti biasa.

Katanya lagi, teknik yang sama boleh digunakan pada semua jenis jenama kenderaan yang memiliki fungsi auto window.

Bagaimanapun menurut @Altimat Auto Garage, jika masalah tidak selesai, anda perlu membawa kenderaan ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik.

Video perkongsian ini mendapat 20 ribu tontonan di TikTok
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @Altimat Auto Garage di bawah untuk memahami lebih lanjut teknik yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage Auto window korang tak boleh naik turun ? Jangan panik dulu ! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #kereta #aircondkeretabaubusuk #automotif #automotive #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #kuang #sungaibuloh #sungaibuloh47000 #altimatautogarage ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Baca Lagi:
Ramai orang paling kaya di dunia dah mula bina kubu rahsia di pulau hadapi ‘kiamat’
Lelaki maut kena bakar hidup-hidup selepas kantoi bawa keluar isteri orang
“Real anak jantan!”- MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi
CATEGORIES