“Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku”

“Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku”

“Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku”. Menyangka telah mengupah pembantu rumah yang terbaik, seorang wanita merasa lega apabila melihat pekerjanya begitu rapat dengan anak-anak.

Pembantu yang dikenali sebagai Maria itu sangat rajin dan teliti, majikannya juga senang kerana tidak perlu menegur dan mengajarnya berulang kali.

Selepas setahun bekerja, majikannya perasan Maria kerap menggunakan minyak wangi ketika bekerja terutamanya saat suami berada di rumah.

"Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku"

Pernah membangkitkan soal itu kepada suami, wanita itu kemudian melupakan rasa curiganya kerana terlalu percayakan Maria.

Ada suatu ketika, saat wanita itu meminta suami untuk mengurutnya, suaminya mencadangkan nama Maria kerana menurutnya Maria lebih mahir.

Mengakui dirinya bodoh, wanita itu percaya apabila suaminya berkata bahawa Maria yang memberitahunya mengenai kemahiran mengurutnya itu.

Hampir tiga tahun bekerja, Maria sangat disayangi dan dipercayai oleh keluarga itu sehingga diberikan sebuah telefon bimbit berjenama iPhone.

Suatu malam, saat suaminya ke bilik mandi, wanita itu terdetik untuk memeriksa galeri di dalam telefon bimbit pasangannya itu.

“Perkara yang amat menyeramkan bagi saya, terdapat beratus-ratus gambar Maria berpakaian dalam dengan posing yang tidak senonoh. PAKAIAN DALAM SAYA!.
“Maria cuba untuk menafikan segala tuduhan pada mulanya, namun dia terus kaku dan kelu apabila saya menunjukkan gambar itu padanya,” katanya.

Terus bekerja keras menyara keluarga, wanita itu kini telah berpisah dengan suaminya namun tidak menghalang anak untuk berjumpa dengan bapa mereka.

Maria pula telah dihantar semula ke agensi pembantu rumah sejurus kejadian ngeri itu terbongkar.

Baca Lagi:
Lain macam cara Ira Kazar raikan perceraian Syamsul Yusof setelah lama diamkan diri
2 anggota TUDM maut bom lempar meletup ketika sesi latihan
Akhirnya terjawab kenapa Mamat tak hadir majlis perkahwinan Shuib
CATEGORIES