Nabi tak pernah panggil kafir di hadapan orang kafir -UAI

Nabi tak pernah panggil kafir di hadapan orang kafir -UAI

Nabi tak pernah panggil kafir di hadapan orang kafir -UAI. Rasulullah SAW juga tidak pernah memanggil orang bukan beragama Islam dengan perkataan kafir di hadapan mereka.

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa perkataan kafir adalah istilah yang berkaitan dengan kepercayaan, yang digunakan untuk membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

“Tiada orang Islam yang pergi ke kedai dan memanggil orang bukan Islam dengan panggilan ‘orang kafir’, bahkan Nabi sendiri tidak pernah melakukan perkara sedemikian.

Nabi tak pernah panggil kafir di hadapan orang kafir -UAI

“Perbezaan keyakinan selain dari Islam memang kita panggil sebagai kafir. Ini adalah untuk menjelaskan kepercayaan mereka sebagai bukan Islam, kita perlu memahami bahawa kita tidak memanggil seseorang secara terus-terang sebagai kafir,” jelasnya.

Beliau menambah, sebagai orang Islam, kita sepatutnya terus menyebarkan pengetahuan agama untuk menerangkan tentang Islam dan bukan Islam.

Walau bagaimanapun, katanya, dalam setiap mazhab, kita berbudaya dan beradab, dan ketika berhadapan dengan orang bukan Islam, kita tidak sepatutnya menggunakan perkataan kafir.

“Nabi memanggil mereka dengan nama mereka sendiri, di hadapan mereka Nabi tidak memanggil mereka kafir.

“Tetapi di belakang mereka, kita mungkin menggunakan istilah kafir untuk menjelaskan sifat-sifat mereka,” terang beliau.

Baca Lagi:
Penduduk di Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Raya Aidilfitri tanpa air
Lelaki terkejut nampak sesuatu tengah jalan ketika balik kerja pukul 3 pagi, rupanya…
Warga emas menangis tiada duit nak balik kampung tengok jenazah isteri buat kali terakhir
CATEGORIES