Adi Putra tolong pakaikan tanjak & keris pada Ustaz Abdul Somad undang reaksi netizen

Photo of author

By Joe

Adi Putra tolong pakaikan tanjak & keris pada Ustaz Abdul Somad undang reaksi netizen. Pada Sabtu yang lalu, ribuan umat Islam telah membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Majlis KL Munajat bersama pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad dan Sheikh Aleey Abdul Qadir.

Selain membacakan selawat beramai-ramai, Ustaz Abdul Somad turut menyampaikan ceramah pada malam berkenaan.

Dalam ceramah itu, Ustaz Abdul Somad mengingatkan para hadirin agar sentiasa meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T kerana ianya mampu membentuk peribadi yang kental dalam menghadapi sebarang ujian.

Adi Putra tolong pakaikan tanjak & keris pada Ustaz Abdul Somad undang reaksi netizen

‘Kehormatan’

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya apabila aktor terkenal tanah air, Datuk Adi Putra berpeluang memakaikan tanjak serta menyarungkan keris pada Ustaz Abdul Somad sewaktu ketibaanya.

Adi menerusi kemas kini di TikTok memuat naik momen istimewa tersebut sebagai kenangan dan buat tatapan umum.

Pun begitu, Adi tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, sebaliknya hanya menulis kalimah Alhamdulillah sebagai tanda syukur diberi peluang sedemikian.

Tumpang gembira

Adi Putra tolong pakaikan tanjak & keris pada Ustaz Abdul Somad undang reaksi netizen

Adi Putra tolong pakaikan tanjak & keris pada Ustaz Abdul Somad undang reaksi netizen

Adi Putra tolong pakaikan tanjak & keris pada Ustaz Abdul Somad undang reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyifatkan aktor filem Mat Kilau itu sebagai seorang yang bertuah kerana diberi penghormatan tersebut.

Malah, wargamaya turut menumpang gembira menyaksikan momen cukup bermakna itu.

Dalam masa sama, ada juga wargamaya yang mengucapkan rasa syukur kerana menjadi salah seorang ribuan umat yang membanjiri Dataran Merdeka.

@adpadiputra ‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #taatpadayangsatu #ustadabdulsomad ♬ Sholawat Tersedih – Ai khodijah

Baca Lagi:
Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang
Kolej Genius Insan USIM ditutup, 80 pelajar dijangkiti wabak konjunktivitis
Tan Sri Vincent Tan saman kerajaan Malaysia, tamatkan kontrak ketika Muhyiddin jadi PM