Mengajar tanpa tauliah, pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijel setahun denda RM3,000

Mengajar tanpa tauliah, pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijel setahun denda RM3,000

Mengajar tanpa tauliah, pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijel setahun denda RM3,000. Pengasas ajaran sesat Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah kampung di daerah ini.

Bekas pensyarah itu juga dikehendaki menjalani hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh, Dr. Wan Maseri Wan Mohd, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sabarudin Bidin.

Mengajar tanpa tauliah, pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijel setahun denda RM3,000

Mengikut pertuduhan, pada 27 Februari (semalam) kira-kira pukul 9.45 pagi bertempat di Kampung Nuri, Balai Panjang Wp, di Johol telah didapati mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di bawah Seksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.

Tertuduh bagaimanapun membuat rayuan untuk menggugurkan hukuman penjara dan hanya dikenakan denda.

“Saya mohon rayuan agar digugurkan hukuman penjara dan bayaran dikurangkan sebanyak RM1,000. Itulah sekadar kemampuan saya,” kata tertuduh.

Baca Lagi:
Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas
Umum keluar UMNO, rupanya belum jadi ahli UMNO
Buat kek untuk customer pukul 2 pagi diganggu makhluk main cak-cak
CATEGORIES