Toby kucing kesayangan Syed Saddiq sudah tiada. Bagi siapa yang mengikuti sosial media Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pasti mengenali kucing kesayangannya iaitu Toby.
Pengikut akaun media sosial bekas Menteri Belia dan Sukan itu mudah mengenali kelibat si comel itu berikutan Syed Saddiq sering berkongsi aksi dan kemesraannya, selain kandungan berkaitan hal kerja politiknya.
Namun momen yang dianggap menjadi selingan santai antara hal-hal serius kerjayanya itu, berakhir sudah.
Syed Saddiq memaklumkan pemergian kucing kesayangannya itu melalui Twitter pada Selasa.
“Kucing kesayangan saya, Toby telah meninggalkan kita, sangat mengejutkan.
“Terima kasih kerana ada dengan saya sepanjang masa yang sukar,” katanya.
Toby, my beloved cat has left us.
So sudden.
So sad.
I miss him so much.
Thank you for being there for me in the toughest of times.
May you rest well in “Cat heaven”. pic.twitter.com/FyiFUJ7iL9
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 28, 2023
Pengikut di media sosial juga turut bersimpati diatas kehilangannya itu.