Ini sebab kenapa Syasya keluar dari kumpulan DOLLA

Ini sebab kenapa Syasya keluar dari kumpulan DOLLA

Ini sebab kenapa Syasya keluar dari kumpulan DOLLA. Dunia hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan pengunduran diri ahli DOLLA, iaitu Syasya, ketika kumpulan M-pop tersebut berada di puncak kejayaan.

Bayangkan, kumpulan yang ditubuhkan pada 2019 itu telah berjaya mendapat populariti di luar negara termasuk Indonesia, Singapura, Brunei, United Kingdom, dan China.

Keempat-empat ahli kumpulan DOLLA juga sering dipilih oleh pelbagai jenama antarabangsa seperti Coach untuk mengikuti kempen promosi mereka di negara ini.

Ini sebab kenapa Syasya keluar dari kumpulan DOLLA

Oleh itu, ramai pihak terutamanya peminat masih tertanya-tanya apa punca Syasya memutuskan untuk menarik diri daripada kumpulan sensasi tersebut.

Tidak lama kemudian, satu rakaman yang dipercayai merakamkan penampilan ‘baharu’ Syasya semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri pertama mula menjadi viral.
Selain kelihatan sangat sopan, bekas ahli kumpulan DOLLA yang terkenal dengan imej seksi itu tampil manis mengenakan baju kurung dan memakai tudung dikepalanya.

Difahami, video tersebut dimuat naik sendiri oleh ibu Syasya di Instastory miliknya sebelum dikongsi semula oleh pengguna TikTok melalui akaun bernama @nur.syalina.

Bersama dengan kapsyen ‘akhirnya muncul juga dia, semakin cantik Syasya’, video tersebut telah berjaya meraih setengah juta tontonan daripada pengguna TikTok.

Rata-rata pengguna dan juga peminat membanjiri ruangan komen di laman TikTok itu dengan pujian berhubung penampilan baru Syasya selepas keluar dari DOLLA.

@nur.syalina akhirnya muncul jgk dia😄 semakin cantik Syasya😍😍😍 #syasyadolla #dollaofficial #dolla #raya2024 ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Malah ramai juga individu memberikan sokongan, menganggap penampilan penyanyi itu sebagai tanda perubahan yang betul-betul berlaku.

“Masa dia keluar Dolla sudah terfikir entah-entah dia nak berubah ke arah kebaikan. Harapnya yang aku fikir jadi kenyataan,” kata peminat.

“Pada saya kalau dia keluar Dolla dengan niat berubah saya sokong. Nak berubah bukanlah perkara yang mudah,” tulis seorang netizen.

“Teringat komen seseorang yang mendakwa Syasya keluar Dolla kerana nak masuk tabligh,” ujar pemilik akaun TikTok lain.

Sebelum ini, Universal Music Malaysia selaku syarikat rakaman telah mengumumkan pengunduran diri pemilik nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal dari DOLLA.

Menurut syarikat tersebut, keputusan untuk menarik diri itu dibuat sendiri oleh penyanyi tersebut atas sebab-sebab peribadi, walaupun puncanya tidak dinyatakan.

Baca Lagi:
Segelintir umat Islam di Malaysia pilih raya hari Khamis, rabu masih berpuasa
Isteri dah macam janda, luahan pemandu bas buat ramai sebak, 15 tahun dah tak beraya bersama keluarga
Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat
CATEGORIES