Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan. Hasrat seorang lelaki yang menjadi mangsa kemalangan pada Ogos tahun lalu untuk mendapatkan bantuan daripada Perkeso tidak kesampaian, apabila pihak berkenaan menolak permohonannya.

Menurut Hazreeq, dalam kejadian yang berlaku pada 10 Ogos 2022, dia yang lengkap berpakaian kerja terbabit dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

Kemalangan itu telah menyebabkan Hazreeq mengalami pendarahan dalam kepala, patah peha kiri, patah pinggul kiri, patah jari manis tangan kiri (hampir putus), luka di bawah dagu, leher dan tangan kiri.

Difahamkan keadaan Hazreeq pada masa ini belum pulih sepenuhnya dan diberi sijil cuti sakit selama tujuh bulan. Disebabkan itu, Hazreeq memohon bantuan sementara dari PERKESO seperti yang dinyatakan pada slogannya, Perkeso Prihatin dan Perkeso Memayungi Anda.

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

“Tetapi malangnya, pihak Perkeso telah menolak permohonan saya untuk tuntutan faedah hilang keupayaan sementara atas alasan tidak memenuhi Seksyen 2(6) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

“Saya telah mengemukan permohonan rayuan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dan dijadualkan dibicara pada 30 Januari 2022 tetapi malangnya sehingga kini tiada sebarang kata putus daripada pihak Perkeso yang seolah-olah menafikan hak saya sebagai pencarum.

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

“Saya mohon agar pihak Perkeso dapat memluluskan permohonan saya untuk proses untuk bekerja,” tulisnya dalam ciapan di Twitter kini sedang menular.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu turut disertakan.

Ciapan tersebut mendapat perhatian dari pihak Perkeso yang kemudian mengatakan, kes kemalangan yang dialami oleh Hazreeq bukan bencana semasa bekerja.

“Hasil semakan mendapati kes tuan disahkan bukan bencana kerja kerana terdapat lencongan bersifat peribadi semasa kemalangan berlaku.

“Kes tuan/puan telah dipanjangkan ke bahagian JKRS untuk mendapatkan status keputusan terkini,” katanya.

Namun, Hazreeq menafikan dakwaan itu dan dia mempunyai pengesahkan dari majikannya bahawa kejadian itu masih ada kaitan dengan urusan kerja.

“Pengesahan majikan dari manager dah beritahu ada kaitan urusan kerja, tetapi dinafikan hak.

Justeru, Hazreeq berharap Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, dapat membantunya untuk mendesak pihak Perkeso meluluskan keputusan rayuannya untuk menjalani proses rehablisasi agar dapat kembali bekerja.

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

Di media sosial, netizen turut berkongsi laporan berita dari The Star mengatakan pekerja yang sedang bercuti dan terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari kampung ke tempat kerja mereka di bandar lain juga layak untuk membuat tuntutan Perkeso.

Dalam kes N. Sathiaseelan, tiga panel hakim memutuskan kecederaan yang dialami oleh lelaki itu dianggap sebagai kecederaan pekerjaan di bawah Seksyen 24 (1)(a) Akta Perkeso 1969.

Mangsa kemalangan kesal Perkeso tolak permohonan, haknya sebagai pencarum dinafikan

Sathiaseelan mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke Kulim, Kedah di mana dia bekerja dari kampung halamannya di Ipoh, Perak, semasa cuti pada 16 Oktober 2016.

Sathiaseelan telah memohon tuntutan hilang upaya sementara daripada Perkeso tetapi ditolak oleh Lembaga Perkeso dengan alasan kejadian itu berlaku semasa hari cuti dan dia tidak melakukan perjalanan di bawah arahan majikannya dan semata-mata atas sebab peribadi.

Baca Lagi:
Engku Emran bercerai dengan Nabila?, ini sepatah dua kata dari Erra Fazira
Haram hukum cas telefon dalam masjid – Ustaz Azhar Idrus
Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syaratnya
CATEGORIES