“Aku boleh dikatakan seorang yang banyak kali gagal di dalam kehidupan”

“Aku boleh dikatakan seorang yang banyak kali gagal di dalam kehidupan”

“Aku boleh dikatakan seorang yang banyak kali gagal di dalam kehidupan”. Assalamualaikum, Aku Fird (nama samaran) berusia 28 tahun. Aku boleh dikatakan seorang yang banyak kali gagal di dalam kehidupan membuatkan aku takut untuk mulakan perkara baru.

Aku juga sudah tiada ibubapa, dan aku memang “Lone ranger” sejak remaja.

Tetapi apa yang aku ingin kongsikan adalah tempat kerja aku yang sekarang dan ketakutan aku untuk mulakan perkara baru.

Ceritanya bermula, selepas aku di tendang keluar oleh bisnes partner aku sendiri ketika perniagaan itu sedang meningkat naik diatas faktor dalaman,

"Aku boleh dikatakan seorang yang banyak kali gagal di dalam kehidupan"

Aku redha diatas sebab aku tidak mempunyai bukti hitam putih banyak perkara dibuat melalui lisan sahaja.

Jadi aku balik ke Kg dan bekerja di kilang kayu dengan gaji RM30 sehari.

Tiba² aku di jemput oleh mentor partner aku yang menendang aku dari perniagaan aku dahulu untuk mulakan bisnes bersama dia, aku teruja sebab mentor partner aku ni boleh dikira bukan calang² orangnya.

Hampir setahun aku menunggu untuk dipanggil berbisnes partner tetapi akhirnya dia panggil aku untuk bekerja dengan dia. Aku yang sedang buntu ketika itu terus bersetuju.

Syarikat beliau mempunyai dua bos, Bos pertama aku panggil Big Bos iaitu Mentor partner aku dan bos kedua iaitu Mini Bos.

Ketika hadir ke HQ syarikat beliau, aku ditawarkan gaji basic RM1200 tanpa apa² elaun dan waktu bekerja selama 12 jam sehari.

Aku terima dengan hati terbuka diatas sebab aku fikir mungkin untuk tempoh percubaan.

Syarikat yang aku bekerja ketika itu hanya ada 5 orang “team management” termasuk dengan dua orang bos yang aku nyatakan seperti diatas.

Walaupun aku mempunyai pengalaman di dalam bidang pengurusan tetapi aku diletakkan paling bawah diantara yang lain,

Dan antara red flag yang pertama ketika hari aku laporkan diri beg aku diselongkar oleh Mini Bos dan dia mengkritik segala pakaian yang aku miliki,

Head Manager aku ketika itu berusia 21 tahun (aku sudah berasa sedikit pelik ketika itu) dan HM aku ni tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan pernah bekerja sebagai pembantu technicians sebelum ditawarkan sebagai HM.

Aku ada bertanya kepada HM sebab dia ditawarkan bekerja disitu, tetapi dia sendiri tidak tahu.

Setelah beberapa bulan aku perasan yang Big Bos aku cenderung untuk memilih orang yang ada rupa untuk bekerja bersama dengan syarikat beliau terutamanya untuk pengurusan.

Aku yang “Overweight” itu sangat terkesan dan “insecure” dengan perkara itu.

Aku sering diperkecilkan dan diremehkan dihadapan staff yang lain. Aku juga perasan ramai staff tidak kekal bekerja dan paling lama hanya 6 bulan.

Selepas PKP 2020, aku tidak dibenarkan balik dan wajib untuk berada di HQ bersama dengan HM untuk buat kerja sambilan seperti mengecat dan mengemas setiap cawangan.

Ketika itu hubungan aku dan HM menjadi agak rapat berbanding dahulu dan HM banyak meluahkan ketidakpuasan hati dia terhadap kedua² bos kepada aku.

Setelah PKP, sekitar bulan 6 HM mengundurkan diri dan berhenti dari syarikat itu dan perkara itu membuatkan kedua² bos aku sangat marah dan terkilan.

Banyak keburukan HM mereka bercerita kepada aku dan Bos² aku ni juga melarang untuk aku berjumpa lagi dengan setiap staff yang sudah berhenti dengan syarikat mereka.

Aku yang naif ketika itu, cuba menonjolkan diri aku dan cuba buat yang terbaik untuk syarikat. Bukan sahaja kerja malah aku cuba mendapatkan balik fizikal yang baik untuk aku.

Tetap setelah beberapa bulan HM aku berhenti, aku dapati kedua² bos aku ni sangat “manipulative” dan “toxic”. Mereka seakan akan menggunakan aku di dalam syarikat dan seringkali meremehkan aku dihadapan staff bawahan.

Walau banyak mana usaha yang aku letakkan di dalam kerja, aku sering diperlekehkan dan tidak dihargai membuatkan aku sering tertekan sehingga berat badan aku naik mendadak kerana stress.

Pada akhir tahun 2022, ketika meeting Bos aku salahkan aku terhadap semua perkara dan kegagalan staff walaupun perkara itu dikendalikan oleh Mini bos bersama dengan aku. Tetapi hanya aku yang dihamun ketika itu.

Perkara itu telah membuka mata aku terhadap sikap buruk mereka.

Tahun ini, merupakan tahun keempat aku bekerja di syarikat ini. Aku sudah pasang niat untuk berhenti, tetapi aku ada perasaan takut untuk mulakan ditempat yang lain.

Aku buntu, aku hanya ada pengalaman di dalam kerja, Latar belakang pendidikan aku pula hanya setakat STPM.

– Fird (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Haram hukum cas telefon dalam masjid – Ustaz Azhar Idrus
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais
CATEGORIES