Malam pertama tidur bilik sewa, ingatkan bantal panjang rupanya pocong

Malam pertama tidur bilik sewa, ingatkan bantal panjang rupanya pocong

Malam pertama tidur bilik sewa, ingatkan bantal panjang rupanya pocong. Assalamualaikum semua. Lamanya aku tak share kisah di sini.

Pada tahun ****, aku merantau hidup di tempat orang. Jadi aku carilah bilik sewa disebabkan duit pun tak berapa masyuk.. dan bukan anak menteri. Hahaha.

Dan ia membawa kepada kisah seram yang bakal aku share kali ni.

Rumah ini aku dapat tahu dari kenalan aku. Katanya ada orang nak cari sorang lagi tenant untuk cukupkan 4 orang serumah. So rezeki akulah.

Malam pertama tidur bilik sewa, ingatkan bantal panjang rupanya pocong

Rumah tu ada 3 bilik. 1 master bedroom dihuni 2 orang brader, dan 1 bilik bujang dihuni oleh seorang brader. Dan satu bilik hujung dekat dapur yang kosong.

So aku paham lah, tu bakal jadi bilik aku.

So aku pun lepas dapat kunci, terus cucuk kat tombol pintu, pulas tombol dan buka pintu. Cuma ada katil semata. Almari pun takde.

Takde perasaan apa pun time tu. Aku pun punggah semua barang aku ke dalam.

So, bermula lah malam pertama aku tidur dalam bilik tu. Jeng jeng jeng…..

Semasa aku tidur, aku kadang2 terjaga di tengah malam.

Masa tu, aku nampak bantal panjang aku tersandar tepi dinding, betul2 sebelah kiri aku.

Maybe time aku tidur, aku tersepak bantal tu sampai jatuh tersandar berdiri macam tu. Aku pun malas nak bangun sebab dinding pun dekat je.

Dalam keadaan baring aku, aku nak pegang bantal tu. Tiba2, bantal tu jatuh ke lantai. Aduh jatuh pulak.

Dengan malas bangun dan masih berbaring, Aku pun hulur tangan kiri nak capai bantal tu dan tarik.

Raba punya raba, aku pun pegang dan nak tarik bantal tu,

Tiba2 aku rasa bantal aku tu berat gila weh.. macam batu. Apehal.. aku pun mula cuak dan tersedar.

“Sepanjang aku duduk kemas bilik ni petang tadi, aku mana nampak bantal panjang. Tak bawa pun bantal panjang dari kampung. Ahhh bantal siapa pula aku pegang..”

Tangan aku masih tak lepas dari pegang bantal tu waktu aku lalok berfikir.

Jantung aku mula berdebaq, tak payah habaq.. dup.. dap.. dup.. dap..

Aku kuatkan semangat.. masa tu aku masih berbaring, pi toleh ke kiri nak tengok ke lantai apa yang aku pegang….

Wehhh.. Sekali aku nampak pocong berbalut kain putih berbaring katil aku, di lantai..

Apa lagi.. melompat aku keluar bilik menjerit.. semua brader2 tu terjaga. Tanya apa hal. Aku pun ceritalah apa jadi.

Jadi diorang pun macam terdiam.. macam rahsiakan sesuatu dari aku.. diorang pun suruh aku pindah tumpang tidur kat bilik brader yang duduk sorang tu.

Aku pun malas nak bising, setuju je. Tapi bilik brader tu kecik je.

So malam berikutnya, aku sendiri decide tidur kat ruang tamu. Kesian kat brader tu, tak nak kacau privacy dia. Bilik dia pun dah kecik, aku pulak nak menyumbat sekali.

So, kisahnya…

Masa aku tidur kat ruang tamu, pada waktu malam… pintu bilik aku yang haunted tu… boleh pula terbuka sendiri…

Aku masa tu pusing dan tengok dari jauh…

Sekali lagi aku terkena…

Masa tu lah aku nampak sekali lagi wehh..

Cik pocong tu mengintai aku dari dalam bilik tu aku tu…

Aduhh…

– Jay (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Nama adik beradik Alif Satar yang unik, 1 Malaysia terkejut bila dapat tahu maksud sebenar
Penjawat awam kutuk Kerajaan Perpaduan, rasa loya nak tulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat rasmi
4 jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan
CATEGORIES