4 jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan

4 jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan

4 jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan. Jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan melalui akaun 1 dan akaun 2 yang boleh dimohon oleh pencarum yang memenuhi syarat kelayakan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pada waktu ini tiada sebarang pengeluaran khas KWSP yang akan dibenarkan.

Namun terdapat jenis pengeluaran yang boleh dibuat oleh ahli sekiranya berkelayakan. Di halaman kali ini dikongsikan beberapa jenis pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan oleh ahli.

4 jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan

JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN
Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2 melalui beberapa kategori dan syarat tertentu. Pengeluaran sepenuhnya boleh dilakukan pada bila-bila masa jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah jenis pengeluaran sepenuhnya wang KWSP yang dibenarkan pada tahun ini.

HILANG KEUPAYAAN
Ahli / pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengalami masalah hilang upaya layak untuk membuat pengeluaran sepenuhnya simpanan setelah disahkan oleh pegawai perubatan.

Meraka juga secara automatik layak menerima insentif sebanyak RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya. Tujuan bantuan ini diberikan kepada ahli adalah untuk membantu meringankan beban ahli yang terjejas kesihatan.

MELEPASI UMUR 55 TAHUN
Kepada para pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun secara automatik dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP mereka. Akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan menjadi akaun 55 tahun.

Bagi pencarum yang memilih untuk terus melanjutkan pekerjaan, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam akaun emas. Pengeluaran wang tersebut hanya dibenarkan apabila mencapai umur 60 tahun.

AHLI MENINGGALKAN NEGARA
Bagi ahli / pencarum KWSP yang ingin meninggalkan negara (melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan) bagi tujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pengeluaran sepenuhnya simpanan mereka dalam KWSP.

KEMATIAN
Jika berlaku kematian ahli KWSP, pewaris si mati boleh membuat pengeluaran penuh simpanan. Pihak KWSP turut menyarankan ahli membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran jika berlaku kematian.

Kepada ahli KWSP yang menepati kelayakan kemudahan, permohonan pengeluaran penuh melalui akaun 1 dan 2 boleh dilakukan secara online. Sila layari laman rasmi – KWSP

Baca Lagi:
Pelancong terkejut jumpa kaki manusia tanpa badan di kawasan air terjun
Wanita hamil dipaksa mak mertua serah bayi kepada kakak ipar, alasannya sebab dah lama bergelar TTC
Selepas 5 bulan pemergian Prebet Iman, kakak terkejut baca diari milik adiknya
CATEGORIES