Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya

Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya

Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya. Ketika melakukan pengubahsuaian di rumahnya, seorang lelaki di Sepanyol terkejut besar apabila menemui sejumlah wang yang tersembunyi di rumahnya. Duit-duit lama itu tersimpan di dalam 6 buah tabung yang disembunyikan di dinding rumah yang baru sahaja dibelinya baru-baru ini.

Lelaki warga Sepanyol yang dikenali sebagai Tono Pineiro itu berkata dia telah menemui duit yang dianggarkan bernilai sehingga £47,000 (RM242,274.61) di dalam rumah yang baru dibelinya itu ketika melakukan pengubahsuaian.

Tono Pineiro yang teruja dengan penemuannya itu pun segera membawa wang tersebut ke Bank of Spain untuk disahkan pihak Bank. Namun begitu, lelaki ini kecewa kerana wang yang dibawanya itu tidak dapat ditukar kerana ianya merupakan wang yang sudah terlalu lama dan tidak lagi dikeluarkan oleh pihak Bank sejak tahun 2002.

Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya

Lelaki ini bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya dia memikirkan cara lain untuk mendapatkan keuntungan melalui wang-wang lama yang ditemui itu.

Akhirnya, usaha Tono Pineiro ini membuahkan hasil apabila dia akhirnya berjaya mendapatkan pulangan sebanyak lebih kurang £30,000 (RM154,643) selepas ada pihak pengumpul wang lama yang berminat dan membelinya.

Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya

Ketika menemui wang tersebut di dalam tabung-tabung, Tono Pineiro berpendapat pemilik asal duit tersebut berkemungkinan meletakkannya di situ bagi mengelakkan duit itu daripada rosak dan mengelakkan kelembapan.

Tambahnya lagi, satu daripada keadaan tabung-tabung itu agak rosak namun yang lain masih berkeadaan elok.

Tono Pineiro juga ada menyimpan sedikit daripada wang tersebut untuk dijadikan kenangannya.

Baca Lagi:
Nasib malang menimpa gadis ini selepas minta bantuan kawan ambilkan kunci kereta
Duit syiling 20 sen tahun 1988 bernilai RM38,000?
Mercedes miliki 397 saman bernilai RM118,700, ini penjelasan PDRM
CATEGORIES