“Macam takde perasaan”, lelaki selamba melintas depan tren bergerak laju

“Macam takde perasaan”, lelaki selamba melintas depan tren bergerak laju

“Macam takde perasaan”, lelaki selamba melintas depan tren bergerak laju. Seorang lelaki di Britain hampir dilanggar sebuah kereta api yang bergerak pada kelajuan 112.65 kilometer sejam (km/j) semasa dia melintasi landasan di Cheshire, England baru-baru ini, lapor akhbar The Sun semalam.

Perbuatan tersebut dirakam menerusi kamera video dari dalam pengangkutan awam itu. Ia menunjukkan lelaki berkenaan berjalan melintasi landasan dengan selamba tanpa melihat ke arah kereta api yang hampir melanggarnya.

"Macam takde perasaan", lelaki selamba melintas depan tren bergerak laju

Kereta api itu terpaksa berhenti supaya ia tidak melanggar lelaki itu manakala pihak syarikat Network Rail berkata, detik-detik tersebut boleh menyebabkan tragedi tidak diingini berlaku.

Ketua Keselamatan syarikat itu, Lucy Jordan berkata: “Apabila saya melihat rakaman seperti ini, ia sentiasa membuatkan jantung saya berhenti.

“Perbezaan hanya beberapa saat boleh membawa kepada tragedi untuk lelaki ini dan saya tidak boleh memandang remeh kepada bahaya yang dialaminya,” katanya.

Baca Lagi:
Penduduk Batu Caves tak tahan, pelajar tahfiz buat hal tengah malam
‘Bukan semua B40 dibantu dapat lesen percuma’- Anthony Loke
Dicerai talak 3 sebab tak dapat bagi mak mertua RM2k sebulan
CATEGORIES