Dicerai talak 3 sebab tak dapat bagi mak mertua RM2k sebulan

Dicerai talak 3 sebab tak dapat bagi mak mertua RM2k sebulan

Dicerai talak 3 sebab tak dapat bagi mak mertua RM2k sebulan.Setiap bulan mak mertua minta 2000 dari suami, sampai bila saya mengandung anak ketiga dia suruh gugvkan sebab kami tak mampu nak jaga. Satu hari suami suruh saya datang rumah mertua, depan semua orang suami ceraikan dengan taIak 3. Adik ipar whatsapp bagitahu puncanya…

#Foto sekadar hiasan. Saya minta mertua di luar sana semua tolong jangan bebankan anak – anak dengan permintaan yang meIampau. Janganlah terlalu meminta wang akibat keluarga si anak berpecah – beIah akhirnya bercerai.

Anak yang sudah dewasa, jangan control keterlaluan. Kesiankanlah menantu dan cucu – cucu. Ini adalah kisah saya yang diceraikan dengan taIak 3 oleh suami di depan mak mertua dan anak – anak yang masih kecil. Saya bernikah dengan M pada tahun 2012 dan kami mempunyai 3 orang anak, umur 8, 6,1 tahun.

Dicerai talak 3 sebab tak dapat bagi mak mertua RM2k sebulan

Awal pernikahan M dengan keluarganya semua sederhana, ok ok, sayang saya. Saya ingat lagi lepas ada anak pertama, mak mertua cakap balik je dari pusat asuhan hantar terus ke rumahnya sebab saya kerja. Saya okay je, kalau tak pun memang saya boleh je ambil, balik ke rumah terus atau ke rumah mak saya sendiri.

Gaji saya lagi tinggi dari gaji suami jadi mampulah suami nak bagi wang bulanan untuk mak mertua. Kami bekerja di syarikat yang berlainan. Tapi bila masuk anak yang kedua, saya mengaIami aIahan yang teruk sehingga mak mertua mula meluat, katanya dulu masa dia mengandung dia takde pun masalah macam ni hingga anak 4 orang.

Saya terIampau ikutkan perasaan aIahan sampai dia tak suka. Bila dah ada anak kedua, mak mertua cakap hantar je pusat asuhan sebab dia nak pergi melancong, bebas bila takde budak – budak. Tapi sebenarnya tak pun, dia jaga je cucu – cucu lain cuma cucu ni 2 orang je dia tak nak jaga.

Tak tau kenapa, mungkin dia tak suka saya. Saya pun mintak izin suami biar mak saya ambil anak dan hantar ke rumah mak saya lepas sekolah. Suami plak pergi bagitahu dekat mak dia. Hadoii, mak dia cakap, “hantar lah! Peduli apa aku, tapi setiap bulan mesti kena bagi duit dekat dia 2000!

Suami akur sebab takut jadi anak derh4ka, gaji dia 3200 potong cpf dapatlah dalam 2600. Lepas dah bagi mak dia 2000, dia kekurangan semua. Mak dia suruh saya bayar semua keperluan rumah dan anak – anak. Saya diam, bayar je sampai rasa tak tahan dah.

Entah macam mana pada tahun 2018 saya mengandung lagi walaupun dah makan pil perancang. Waktu tu mak mertua suruh suami ingatkan saya suruh gugvrkan kandungan. Tiap kali pergi rumah mak mertua dia bagi makan nenas la apa la, bila saya tak makan dia cakap saya h1na masakan kat rumah dia.

Dia sump4h anak m4ti masa saya melahirkan. Namun alhamdullillah anak yang ke-3 dilahirkan sihat dan selamat. Amin yrb. Lepas 2 bulan, suami suruh saya cepat pergi kerja sebab dah tak boleh tanggung kewangan, bulan – bulan duit dia kurang, sampai dia ugvt nak kasi anak ni ke jabatan kebajikan sebab tak mampu nak tanggung.

Saya masih dalam cuti bersalin macam mana nak kerja. Saya cakap nanti habis 16 minggu cuti saya kerja, buat sementara ni biar saya jaga anak – anak di rumah mak saya sendiri. Mak mertua jadi berang tuduh saya tak bagi tengok cucu, macam – macam fitnah diIemparkan kepada saya.

Saya yang b0doh ni diam je sebab takut dik4takan menantu derh4ka. Ketika itu suami tak beIa saya langsung, malah dia setuju. Saya mula kerja pada minggu ke-17 setelah bersalin, saya ingat lagi pada hari Sabtu, suami cakap kena datang rumah mak dia sebab ada hal penting, tapi tak boleh bawak budak – budak.

Saya bawak jugak tiga – tiga takut nanti kena tuduh tak bagi tengok cucu – cucu plak. Budak – budak baru je masuk pintu, mak mertua saya menjerit kat suami saya, “kau kata tadi nak cakap, ah cakap la aku tunggu ni!”. Suami saya yang b0doh, depan semua orang, saya diceraikan saya dengan taIak 3 atas alasan buat mak dia marah.

Saya tanya kenapa marah? Kenapa tak bincang dulu? Kenapa macam ni, apa salah saya? Suami boleh suruh saya diam dan haIau saya suruh balik. Saya mintak diri, bawa tiga – tiga anak ke rumah mak saya. Malam tu adik ipar whatsapp, dia cakap puncanya sebab mak mertua nak saya pun bagi 2000.

Jadi kira bulan – bulan kami kena bagi 4000. Suami dah cakap tak boleh sebab tak cukup untuk sara 3 orang anak, dan bulan – bulan saya yang tanggung semua bukan suami. Oleh sebab tak boleh nak ikut kemahuan mak mertua, suami kena pilih mak atau isteri.

Yelah mak ada satu je, isteri boleh ganti cari lain. Suami pilih mak. Dah 6 bulan, anak – anak pun dia tak tengok, kata adik ipar sebab mak tak bagi tengok. Malah apa yang lebih teruk, setiap HP mereka ada aplikasi trace untuk tahu ke mana mereka pergi.

Adik ipar saya kalau datang tengok anak – anak saya dalam diam, phone mesti akan tinggal dekat tempat kerja. Kesian anak – anak saya, ada bapa tapi macam ni.

Komen Warganet :

Zaleha Nassim : Ya Allah emak jenis mata duitan 2k sebulan, tak nak tolong jaga cucu, nak duit aje. Dia tahu hukvm anak dia suami bukannya isteri. Suami jenis apa dah kahwin tapi masih duduk bawah ketiak emak, suami d4yus tak tahu hukvm dan emak yang tak ada hati perut.

Hilwa Goh : Sedih dan marah tetap ada dekat mak mertua awak. Nasib baik ada adik ipar yang baik selalu bertanya khabar dan tengok awak dan juga anak – anak. Tapi tolong berhati – hati kita tak tahu kalau – kalau ada agenda tersembunyi. Apapun pastikan awak dapatkan hak untuk anak – anak dari bekas suami untuk bayaran bulanan. Jangan biarkan bekas suami tu terlepas.

Nurhxszh Xaxis : Mak mertua awak ni dah giIa ke apa?! Laki dia pon sama. Siapa yang ada anak lelaki tu, tolong ah, Korang janganlah buat macam ni. Ani4ya anak orang je. Kalau ye betol, nak simpan anak untuk duit, support ko, tak payah bagi kahwin.

Kau nak buat apa dekat anak tu, lantaklah. Ini seri0usly, tak boleh nak hadam. Lagi – lagi kalau perempuan tu bangsa tak ada family yang support. Hidup sendiri. Kau buat sampai cerai berai, kawan tu terkial – kial dengan anak 3 orang. Korang anak beranak memang terok dari binatang.

Hanah Rianna : Dulu saya pun takut bila diceraikan untuk menuntut hak tapi bila dah ke family centre. Alhamdulilah, semuanye selesai dan tambah keyakinan diri dan saya syorkan penulis juga pergi sana untuk mendapatkan pertolongan agar bangun semula demi diri sendiri dan anak – anak.

Q’ratu Hanif : M0nster in law betul ni. Aku baca ni pun aku yang geram. Kalau nak anak duduk kepit bawah ketiak tak yah suruh kahwin la! Be strong sister. Honestly bagus jugak u diceraikan taIak tiga. I doakan u dipermudahkan rezeki dan segala urusan.

Baca Lagi:
Jual kain kafan harga kayangan RM219 semeter dapat sambutan luar biasa
Puteri Balqis kongsi video bersama ‘BF’ di TikTok, terpaksa tutup komen selepas diserang netizen
Guru lempang pelajar guna buku teks, siap tawar pelajar lain ikut tampar sekali
CATEGORIES