Lepas beberapa tahun, AstraZeneca akui vaksin Covid-19 keluarannya ada kesan sampingan

Lepas beberapa tahun, AstraZeneca akui vaksin Covid-19 keluarannya ada kesan sampingan

Lepas beberapa tahun, AstraZeneca akui vaksin Covid-19 keluarannya ada kesan sampingan. Untuk kali pertama, syarikat farmaseutikal AstraZeneca (AZ) mengaku dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Syarikat farmaseutikal tersebut menghadapi tuntutan mahkamah atas dakwaan vaksin yang mereka cipta bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam beberapa kes.

Beberapa peguam berhujah bahawa vaksin tersebut mengakibatkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada segelintir individu.

Lepas beberapa tahun, AstraZeneca akui vaksin Covid-19 keluarannya ada kesan sampingan

Kes pertama tahun lalu difailkan oleh Jamie Scott, bapa kepada dua anak yang mengalami kecederaan otak kekal selepas beliau mengalami pembekuan darah dan pendarahan di otak yang menghalangnya daripada bekerja, selepas disuntik vaksin itu pada April 2021.

Pihak hospital menghubungi isterinya sebanyak tiga kali secara berasingan untuk memberitahu lelaki itu akan meninggal dunia.

AZ menafikan tuntutan tersebut tetapi dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari, mereka mengakui bahawa vaksin mereka ‘boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS’ atau ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome’ iaitu pembekuan darah dan jumlah platelet darah menjadi rendah.
Sebanyak 51 kes telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, dengan mangsa menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Pengakuan AZ itu dibuat dalam pembelaan undang-undang terhadap tuntutan Mahkamah Tinggi oleh Scott selepas perbalahan undang-undang yang sengit.

Ia boleh menyebabkan pemberian pampasan jika firma terbabit mengakui vaksin itu menyebabkan penyakit serius dan kematian dalam kes tertentu, malah kerajaan juga berjanji untuk membiayai kos tindakan perundangan terhadap AZ.

Dalam surat jawapan yang dihantar pada Mei 2023, AZ memberitahu peguam Scott: “Kami tidak menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik”.

Walau bagaimanapun, dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada bulan Februari lepas, AZ menyatakan: “Adalah diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebab tidak diketahui.

“TTS juga boleh berlaku jika tiada vaksin AZ (atau mana-mana vaksin). Penyebab dalam mana-mana kes individu hanya boleh ditentukan melalui pembuktian pakar,” mereka berkata.

Saintis mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai ‘immune thrombocytopenia and thrombosis (VITT)’ bermula dari pengambilan vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin Covid-19 mula diedarkan.

Isteri Scott, Kate pula memberitahu bahawa dunia perubatan sudah lama mengakui bahawa VITT disebabkan oleh vaksin.

“Hanya AZ yang mempersoalkan sama ada keadaan Jamie disebabkan oleh suntikan itu. Ia mengambil masa tiga tahun untuk hasil ini (tuntutan mahkamah).

“Ia adalah kemajuan, tetapi kami ingin melihat lebih banyak daripada mereka dan kerajaan. Sudah tiba masanya untuk perkara ini bergerak lebih cepat.

“Kami memerlukan permohonan maaf, pampasan yang adil untuk keluarga kami dan keluarga lain yang telah terjejas. Kami mempunyai kebenaran di pihak kami dan kami tidak akan berputus asa,” katanya.

Baca Lagi:
Betul ke duduk dalam bilik yang panas boleh hilangkan stres?, Ini jawapan pakar
“Masa bercinta macam-macam buat dengan pakwe, sekali masa nak kahwin ini yang terjadi..”
Kerajaan Perancis jual rumah 2 tingkat dengan harga RM5, ini syaratnya
CATEGORIES