Kecoh kolej UiTM Puncak Alam didakwa diceroboh dengan geng lelaki ‘ajaran sesat’ berjubah hitam. Menerusi ciptaan yang dikongsi oleh individu bernama @markisah_pico, beliau memaparkan tangkapan skrin mesej di Telegram Kolej Dahlia.
Semua pelajar di blok tersebut diminta untuk mengunci pintu utama rumah dan pintu luar tandas dengan segera selepas mereka dikejutkan dengan kedatangan geng lelaki berjubah hitam serta berpurdah di situ.
Ketuk pintu rumah, siap terjun dari tingkat 6 dan larikan diri
Menerusi tangkapan skrin itu juga, difahami kes tersebut pernah berlaku di semester lepas. Tetapi, individu tersebut merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Lebih menakutkan lagi, mereka memegang pisau dan didakwa ingin mengajar ajaran sesat kepada pelajar di kolej tersebut.
Laki Tu sorok Dalam rumah entah sapa sapa kat tingkat 6 pic.twitter.com/DhOXmEnuLs
— pico (@markisah_pico) April 29, 2024
Lepastu dia terjun Dari tingkap bilik kat tingkat 6. Lain macam ilmu dia pakai. Konfiden level melayang Di udara pic.twitter.com/wjLsd0w6e1
— pico (@markisah_pico) April 29, 2024
Apa cer Malam ni uitm Puncak Alam blok Dahlia kena ceroboh dengan orang laki pic.twitter.com/S7FnTrlCmf
— pico (@markisah_pico) April 29, 2024
Ish, menakutkan betul. Harap pihak kolej dapat siasat siapa geng ajaran sesat ni. Bahaya!