Betul ke duduk dalam bilik yang panas boleh hilangkan stres?, Ini jawapan pakar

Betul ke duduk dalam bilik yang panas boleh hilangkan stres?, Ini jawapan pakar

Betul ke duduk dalam bilik yang panas boleh hilangkan stres?, Ini jawapan pakar. Pada hari ini, memang tidak dinafikan cuaca terasa sangat panas sehingga terpaksa menghidupkan penghawa dingin.

Walaupun ramai yang mengeluh, rupanya ada kebaikan juga cuaca panas ini untuk mengurangkan stres kita tanpa disedari. Baru-baru ini, satu hantaran di laman TikTok telah menjadi viral apabila seorang penceramah kesihatan mental yang dikenali sebagai Amirul Ramli berkongsi ilmu mengenai individu yang mengalami stres.

Untuk makluman, Amirul Ramli juga menduduki carta ke-10 sebagai Peguam Kesihatan Mental, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi video tersebut, Amirul duduk di hadapan tingkap bilik yang dipanaskan serta berangin kerana pancaran cahaya matahari.

Betul ke duduk dalam bilik yang panas boleh hilangkan stres?, Ini jawapan pakar

Jelasnya lagi, duduk dalam bilik yang panas seperti sauna adalah baik untuk kesihatan mental seseorang individu. Menurut Amirul, stres kronik atau yang terlalu berlebihan tidak hanya boleh menyebabkan masalah kemurungan tetapi juga boleh menyebabkan termoregulasi, disregulasi, dan Paksis Hipotalamus Pituitari, Adrenal (HPA-axis) yang berkait rapat dengan hormon stres. Seseorang yang mengalami stres juga menyebabkan suhu badan meningkat.

Tambahan pula, satu kajian menunjukkan individu yang mengalami depresi kurang mengeluarkan peluh dari badan. Keadaan ini juga dikenali sebagai mekanisme penyejukan yang tidak berfungsi dengan baik.

Seorang pakar dari Pusat Kesihatan Integratif UCSF Osher, San Francisco, California yang dikenali sebagai Mason, menerusi satu kajian turut mendedahkan kaedah yang sama untuk mengurangkan tahap stres atau kemurungan yang dialami oleh seseorang.

Mengutip UC San Diego Today, menggunakan tab mandi panas atau sauna boleh mengurangkan tahap kemurungan dengan cara menyejukkan badan melalui pengeluaran peluh.

@amirul.ramli Stress & Kemurungan #penceramahkesihatanmental #amirulramli ♬ original sound – Amirul Ramli | Mental Health

Selain duduk dalam bilik yang panas, anda juga boleh melakukan apa-apa kerja yang lain di mana ia mampu mengeluarkan peluh badan anda secara kerap. Dengan cara ini, stres yang bermain dalam fikiran dapat dikurangkan.

Baca Lagi:
Ratu cantik Malaysia Datin Harveen Kaur berjaya tawan Puncak Mera tapi hilang satu jari
Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju ‘We Bare Bears’, sekali kena kecam berjemaah dengan netizen
Lebih 100 cawangan KFC di seluruh Malaysia ditutup akibat boikot
CATEGORIES