Lelaki Ukraine tenggelamkan kapal layar mewah berharga RM28 juta milik ‘BOS’ nya

02032022 40 2 Sabotaj kapal layar pixs e1646201491119

Lelaki Ukraine tenggelamkan kapal layar mewah berharga RM28 juta milik ‘BOS’ nya. Seorang kelasi warga Ukraine ditahan selepas didakwa menenggelamkan sebahagian kapal layar mewah bernilai 5 juta pound (RM28.16 juta) milik majikannya yang merupakan syarikat pengeluar senjata Rusia.

Lapor Daily Star, lelaki berusia 55 tahun itu merosakkan kapal layar yang diberi nama Lady Anastasia di Mallorca, Sepanyol selepas perang meletus di Ukraine.

Dakwa lelaki itu, dia berbuat demikian setelah mendapati bekalan senjata dari syarikat majikannya dijual kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan digunakan untuk membunuh rakyat negaranya.

Dilaporkan, kapal layar itu berlabuh di Pelabuhan Adriano oleh majikannya, Alexander Mijeev.

Mijeev yang merupakan bekas ketua Perbadanan Helikopter Rusia, mengambil alih syarikat pengeluar senjata, Rostec enam tahun lalu.

Berdasarkan laporan akhbar Ultima Hora, pekerja Mijeev didakwa membuka tiga injap di kapal layar itu agar ia dimasuki air sebagai tindakan membalas dendam.

Pada sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan lelaki itu merangka rancangan tersebut selepas menonton berita mengenai serangan peluru berpandu Rusia ke atas Kyiv.

Lelaki itu didakwa menutup injap bahan api untuk mengelakkan pencemaran di pangkalan kapal layar itu dan membuka injap di bilik enjin sehingga menyebabkan air masuk ke dalam.

Akibatnya, sebahagian kapal layar itu tenggelam namun ia masih terikat di jeti.

Tiga kru yang berada di dalam Lady Anastasia tidak menyedari rancangan itu sehingga lelaki berkenaan meminta mereka meninggalkan kapal tersebut.

“Bos saya merupakan penjenayah yang menjual senjata membunuh rakyat Ukraine,” katanya.

Baca Lagi:

PRN JOHOR: ‘Saya rela diketuk kepala, itu janji saya’ – Ketua MCA

Pengunjung ceramah PH terkejut diperiksa aplikasi MySejahtera

Rezeki pacak bendera musim pilihanraya, ini nilai dibayar setiap satu batang bendera

Leave a Reply

Your email address will not be published.