Malu dengan status janda, abang bunuh adik

Malu dengan status janda, abang bunuh adik

Malu dengan status janda, abang bunuh adik.

JAMBI: Seorang abang tidak dapat menerima adik perempuannya diceraikan dan menjadi janda kerana beranggapan status itu memalukan keluarga mereka.

Oleh hal yang demikian, lelaki tersebut sanggup membunuh adiknya bagi menutup ‘rasa malu’ berkenaan.

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas mayat mangsa yang dikenali sebagai IS, 40 tahun ditemukan dalam keadaan reput dan berbau di kawasan semak di Bungo oleh penduduk setempat.

Orang ramai kemudiannya membuat laporan polis dan siasatan mendapati, mangsa sempat hilang sebelum mayatnya ditemukan.

Ketua Polis Bungo, Guntur Saputro berkata, mangsa pada mulanya keluar berjumpa rakannya dan memberitahu dia ingin pergi ke rumah saudaranya.

“Sejak itu, mangsa tidak dapat dikesan sehinggalah penduduk kampung menemukan mayat dalam guni di kawasan semak.

“Berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada mayat itu, ia dikenal pasti sebagai mangsa dan terdapat kesan tikaman pada badannya, selain luka pada kepala dan tangan,” katanya kepada Tribunnews.

Selepas itu, polis melakukan siasatan dan mengambil keterangan dari semua ahli keluarga mangsa.

Ketika disoal siasat, abang mangsa mengaku membunuh mangsa kerana malu dengan statusnya sebagai janda.

“Abang mangsa sering menganggap adiknya itu keluar dengan ramai lelaki sehingga menyebabkan keluarga mereka berasa malu.

“Tidak tahan dengan perangai adiknya, dia memutuskan untuk membunuh mangsa dengan menikam tubuhnya sebelum membuang mayat adiknya di kawasan semak,” ujar Guntur.

Sementara itu, jika disabit kesalahan, abang mangsa boleh dihukum penjara seumur hidup.

Baca Lagi:

PRN JOHOR: ‘Saya rela diketuk kepala, itu janji saya’ – Ketua MCA

Pengunjung ceramah PH terkejut diperiksa aplikasi MySejahtera

Usahawan kongsi ‘Pengajaran’ miliki kereta mewah, beli dulu RM380,000 jual balik hanya RM85,000

CATEGORIES