Rezeki pacak bendera musim pilihanraya, ini nilai dibayar setiap satu batang bendera

Rezeki pacak bendera musim pilihanraya, ini nilai dibayar setiap satu batang bendera

Rezeki pacak bendera musim pilihanraya, ini nilai dibayar setiap satu batang bendera.Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini memberi peluang secara tidak langsung kepada penduduk setempati mencari pendapatan tambahan.

Bagi warga emas Yahya Bengkek, 61, peluang mengambil upah memasang bendera parti dimanfaatkannya.

Beliau bersama 20 lagi penduduk lain di Felda Medoi di sini mengambil upah memasang bendera parti di sekitar kawasan penempatan dan pusat aktiviti masyarakat.

“Dapat juga rezeki terpijak musim hendak mengundi ini, bersyukur sebab agak lumayan dan ia bergantung kepada permintaan parti untuk kita pasang.

“Upah pasang RM1.50 setiap bendera, upah cabut bendera habis mengundi nanti RM1 manakala harga batang kayu bendera dikira lain, jadi lebih kurang caj RM3.50 bagi sebatang bendera,” ujarnya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Yahya, harga sebatang kayu bagi mengibarkan bendera mencecah RM1 sehingga RM1. 50 dan harganya bergantung kepada ketinggian dan saiz kayu.

Begitu juga faktor had ketinggian bagi menggantung bendera termasuk poster dan kain rentang.

Caj akan dkenakan pihaknya pada harga berbeza bergantung dengan risiko yang dihadapi.

Tambah bapa anak lapan itu, tugasan memasang bendera bukan mudah tetapi perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab serta jujur selain memilih lokasi strategik bagi pemasangan bendera.

“Ini kerana kita tidak boleh tangkap muat, selepas menggantung dan pacak bendera, kita perlu bertanggungjawab untuk cabut balik seperti yang diarahkan selepas hari mengundi.

“Kita pasang bendera atas istilah bekerja dan mencari rezeki halal, bukan soal pilih parti kerana di hati kita sudah tahu siapa nak undi,” selorohnya.

Baca lagi:

‘Romeo’ India kahwin 27 kali dalam tempoh 43 tahun, bolot harta isteri

Curi bekalan elektrik, beri rasuah kepada pegawai TNB

KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak

 

CATEGORIES