Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada ‘contest auto’

Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada ‘contest auto’

Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada ‘contest auto’. Gara-gara mensyaki telah menerima panggilan daripada scammer, seorang individu terlepas peluang memenangi cabutan bertuah daripada institusi zakat.

Menerusi hantaran di X, individu itu beranggapan bahawa panggilan tersebut merupakan dari scammer oleh itu dia tidak mengendahkan informasi yang diberikan oleh pihak tersebut.

Bagaimanapun, selepas memeriksa maklumat pemanggil, individu itu mendapat tahu bahawa panggilan yang dibuat adalah dari pusat zakat sebenar dan bukannya dari agensi scammer.

Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada 'contest auto'

“Semalam ada pusat zakat tetiba buat video call, aku angkat… dia kata anda menang cabutan bertuah. Bunyi macam scam.
“Aku jawab tak apa hadiah boleh bagi ke orang lain. Lepas letak call aku buat sikit fact check and that call is legit,” kongsinya.

Kisah itu mendapat perhatian warga net malah, ada yang berkongsi bahawa pernah memenangi hadiah daripada institusi lain.

“Kadang-kadang Tabung Haji pun ada contest auto macam ni. Biras pernah dapat hadiah wang tunai dari Tabung Haji,” kongsi netizen.

“Haah, tahun lepas bayar kat PPZ, tetiba dia call cakap dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah saya dapat air fryer Phillips size XL,” komen netizen.

“Team marketing pernah call orang sebab bagitau dia menang iPhone 12 masa tu. tapi orang tu tak percaya. Siap kena block. Kadang kala ada contest yang auto masuk. Contoh siapa bayar zakat online dari 1-15hb berpeluang menang motor, phone dll. Mereka pun tak perasan,” tulis netizen.

Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada 'contest auto'

Baca Lagi:
Tiga sekawan beli sofa di kedai terpakai, tak sangka sofa lama boleh jadi sebuah ‘mesin menghasilkan duit’
“Terjumpa duit RM50, ingatkan rezeki dari Allah, sekali aku dapat balasan cash”
Sediakan air kosong sebelum suami keluar pergi kerja – Pesanan Ustazah Asma’ Harun
CATEGORIES