Sediakan air kosong sebelum suami keluar pergi kerja – Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Sediakan air kosong sebelum suami keluar pergi kerja – Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Sediakan air kosong sebelum suami keluar pergi kerja – Pesanan Ustazah Asma’ Harun. Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengingatkan kaum isteri untuk tidak membiarkan suami tersayang keluar bekerja dengan perut kosong.

Menerusi potongan video di TikTok, Ustazah Asma’ berkata meskipun isteri seorang bekerjaya, tanggungjawab itu tetap perlu dilakukan walau hanya menyediakan air kosong.

Pesan Ustazah Asma’, jangan biarkan suami keluar mencari rezeki untuk keluarga dengan kelaparan.

Sediakan air kosong sebelum suami keluar pergi kerja - Pesanan Ustazah Asma' Harun

Kalau suami nak pergi keluar cari rezeki, jangan bagi dia keluar perut kosong. Kalau kita bekerja, kita sibuk macam mana pun, sekurang-kurangnya bagi air pun jadi dah.
Sama ada kita kerja ke tak kerja, jangan biar suami keluar rumah tak ada air tangan kita.

Saya pun terasa juga kadang-kadang. Masya-Allah sibuklah sangat kita ini kan. Kelam kabut gitu.

Dia kata ada keberkatan kat situ. Suami tu nak keluar cari rezeki, kurang-kurang bagi air pun okey. Kalau suami tak nak minum air manis, bagi air kosong minum seteguk dua pun jadi.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyatakan kepulangan suami daripada bekerja juga perlu disambut dengan secawan air supaya dapat menghilangkan rasa penat.

Lagi satu bila suami balik dari mencari rezeki. Betul lah kita pun kadang bekerja mencari rezeki juga tetapi kita kena ada bahagian pahala itu. Buat baik dan berbakti pada suami walaupun air.

@sue7388 #CapCut ♬ Sholawat Tafrijiyah (Cover) – MAZRO AKHIRO

Baca Lagi:
“Aku paling menyampah kalau balik rumah mentua, ada kak ipar yang pengotor, suka kumpul pampers anak dia..”
Lelaki terima keputusan penjara 10 tahun atas katil hospital
Tukang sapu jumpa duit berkepuk dalam plastik, siap tolak ganjaran gaji setahun
CATEGORIES