Lelaki terkejut betul-betul dapat RM37,249.23 wang tidak dituntut, siap kongsi cara nak claim wang tak dituntut di laman eGUMIS

Lelaki terkejut betul-betul dapat RM37,249.23 wang tidak dituntut, siap kongsi cara nak claim wang tak dituntut di laman eGUMIS

Lelaki terkejut betul-betul dapat RM37,249.23 wang tidak dituntut, siap kongsi cara nak claim wang tak dituntut di laman eGUMIS. Ibarat ‘orang mengantuk diberi bantal’ apabila seorang pemuda berjaya mendapat wang yang tidak disangka-sangka ketika negara diuji wabak Covid-19 pada 2020 yang lalu.

Melalui satu perkongsian di ruangan komen Twitter, hari ini, pemuda tersebut yang menggunakan nama akaun @chiconazrul menjelaskan dia memperolehi wang tersebut selepas menuntutnya di laman eGUMIS.

“Pernah ‘claim’, masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, sangat membantu ketika itu,” ciapnya sambil berkongsi resit penerimaan Wang Tidak Dituntut (WTD) miliknya berjumlah RM37,249.23.

Lelaki terkejut betul-betul dapat RM37,249.23 wang tidak dituntut, siap kongsi cara nak claim wang tak dituntut di laman eGUMIS

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna media sosial Twitter @deekay_V2 turut berkongsi kisah sama apabila mengetahui WTD miliknya telah mencecah lebih RM1,000.

“Terima kasih kerana berkongsi. Kali terakhir saya semak ada satu amaun sebanyak RM1.52 yang tidak dituntut pada 2012. Namun, apabila saya semak pagi ini, amaun tersebut bertambah lebih dari RM1,000,” tulisnya.

Terdahulu, satu perkongsian di Twitter hari ini menjelaskan orang ramai masih tidak mengetahui mengenai kewujudan laman web egumis.anm.gov.my berkenaan WTD.

Perkongsian tersebut menjelaskan bagaimana WTD boleh disemak dan dituntut oleh penama dalam tempoh hampir sebulan.

Baca Lagi:
Wanita hantar warga emas jual kerepek pulang ke rumah, terkejut dapat tahu tinggal seorang diri dengan keadaan rumah bumbung hancur
Terpengaruh cerita kartun, budak 4 tahun terjun bangunan tingkat 26 guna payung
Isteri dedah suami tabligh, nafkah tak bagi berbulan pergi dakwah tak balik rumah, sekali kantoi kahwin perempuan lain
CATEGORIES