Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat

Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat

Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat. Seorang lelaki yang menang loteri sebanyak 4 juta pound sterling (RM21.8 juta) akhirnya terpaksa hidup merempat selepas dia didakwa membeli tiket nombor ekor itu menggunakan kad bank curi.

Mark Goodram, 36, membeli nombor ekor itu dengan rakannya Jon-Ross Watson, 31, beberapa hari selepas keluar penjara.

Mereka pergi ke London selama empat hari menggunakan wang yang dipinjam daripada rakan selepas mengetahui nombor yang dibeli menang.

Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat

Namun syarikat perjudian terbabit enggan membayar wang yang dimenangi kerana bimbang Goodram membeli nombor tersebut menggunakan kad bank curi selepas menyedari lelaki itu tidak mempunyai akaun bank.

Seorang rakannya memberitahu Mirror:”Dia keluar penjara tidak lama sebelum dia menang tetapi wang itu tidak dibayar dan kini hidupnya lebih sukar.”

Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat

“Dia amat kecewa kerana kemenangannya dibatalkan, tetapi dia percaya masih boleh mendapatkan semula wang itu. Dia kata akan mengheret syarikat perjudian itu ke mahkamah jika mereka enggan menyerahkan wang dimenanginya itu.”

Selepas disoal siasat mengenai ketiadaan akaun bank, Goodram dan Watson memberitahu mereka membeli loteri itu menerusi seorang rakan yang dikenali sebagai John menggunakan kad debit miliknya.

Ketika disoal lebih lanjut mengenai maklumat John, mereka tidak boleh memberikan nama keluarga, alamat atau nombor telefon bimbitnya.

Kedua-dua pemuda dari Bolton itu menafikan mereka debit curi yang digunakan untuk membeli tiket loteri itu.

Baca Lagi:
Wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman harga cecah RM6,000 sekeping
Ramai tak tahu bagaimana wang kertas Ringgit Malaysia dihasilkan, ini 3 proses yang terlibat
Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh
CATEGORIES