Ramai tak tahu bagaimana wang kertas Ringgit Malaysia dihasilkan, ini 3 proses yang terlibat. Pernah tak kita terfikir wang kertas yang kita pakai hanyalah sehelai kertas yang dicop pelbagai nilai, dan secara automatik ianya menjadi sangat berharga?
Namun, apabila ia koyak, terbakar atau dimakan anai-anai; ia tidak lagi berguna walaupun pada asalnya ia adalah not wang yang bernilai RM100?
Jom kita tengok bagaimana wang ini dihasilkan, mesti ramai yang nak tahu.
Wang kertas diperbuat dari 75% cotton fiber dan 25% linen dan ditambah juga alkohol polivinil atau gelatin beserta kod keselamatan, jalur holografik dan nombor siri.
Walaubagaimanapun, kebanyakan negara sudah bertukar ke wang kertas polimer agar lebih tahan lama serta bagi mengelakkan pemalsuan melalui penerapan ciri-ciri keselamatan dalaman.
Negara Australia pula mengilangkan wang kertas pertama mereka daripada sejenis polipropilena khas pada tahun 1988, dan telah menggunakan keseluruhannya wang polimer pada tahun 1996 sehinggakan negara lain turut mengikuti jejak yang sama.
Bagaimana Wang Dicetak?
Ada 3 proses penting yang terlibat iaitu: offset lithography, intaglio dan letterpress
Offset Printing adalah peringkat pertama yang berlaku untuk mencetak bahagian warna background duit.
Peringkat kedua pula menggunakan Intaglio Printing di mana ianya digunakan untuk gambar potret, bayang, nombor dan perkataan yang unik. Design ini perlu engraved di atas satu alat khas dan boleh dicetak di atas wang kertas tersebut.
Letterpress adalah proses pembuatan secara pukal menggunakan banyak dakwat dan juga kertas.
Bagaimana Pula Dengan Duit Syiling?
Duit syiling lama mengunakan Kuprum Nikel 75/25 dan ianya lebih berat. Namun, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan beberapa syiling baru dengan bahan dan warna yang berbeza iaitu Nikel Loyang Bersalut Kuprum, Nikel Loyang, dan Keluli Tahan Karat.
Ciri keselamatan baharu yang terdapat pada duit syiling siri baharu adalah ‘clad material’, imej pendam (latent image) dan bentuk ‘spanish flower’. Semua ciri-ciri keselamatan ini boleh dilihat pada duit syiling 50 sen.
Semoga dengan info ini dapat memberi nilai tambah kepada kita semua.