Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh

Photo of author

By Joe

Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh. Ajal dan maut memang sudah tertulis oleh Allah SWT sejak kita lahir ke dunia lagi. Disebabkan itulah, kita sebagai umat Islam diwajibkan membuat amal ibadah yang mencukupi sebelum sakaratul maut datang menjemput.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang jemaah di Mina meninggal semasa sedang memberikan tazkirah kepada jemaah lain di masjid.

Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh

Lihat video itu di bawah:

@gegar.myInnalillah. Seorang jemaah dari Yala, Thailand meninggal dunia kelmarin semasa memberi tazkirah kepada rakan2 jemaah di khemah, di Mina. Al Fatihah 🤲🏻 Kredit Tiktok rmixbyhakim

♬ original sound – GEGAR

Tiba-tiba rebah semasa sedang beri tazkirah buat jemaah lain

Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 31 saat oleh @rmixbyhakim itu, kelihatan arwah sedang memberikan tazkirah dalam satu majlis ilmu agama di Mina.

Apa yang membuatkan ramai sebak dan tersentuh adalah apabila dia tiba-tiba kelihatan seperti pening kepala dan ingin rebah.

Namun, sebaik saja dua orang jemaah lagi datang kepadanya, dia terus jatuh dan difahamkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Allahuakbar. Sakaratul maut itu amat dahsyat. Tetapi Allah permudahkan urusan akhir beliau. Rezeki beliau di tanah suci” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 737.6K views, 50.7K likes dan 3.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama para orang beriman.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh

Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh

Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh

Mudah sungguh cara pemergian arwah. Semoga syurga buatnya. Al Fatihah.

Baca Lagi:
Anggota polis tikam perut, kelar leher sendiri akibat kalah judi online
Uban pada rambut punca selalu stres?, ini hasil kajian saintis yang ramai tak tahu
Lelaki ‘kebal’ kelar leher sendiri, tarik usus perut macam tiada perasaan