Majikan hadiahkan jam Rolex berharga RM34,542 kepada ‘auntie cleaner’ setelah 10 tahun berkhidmat

Majikan hadiahkan jam Rolex berharga RM34,542 kepada ‘auntie cleaner’ setelah 10 tahun berkhidmat

Majikan hadiahkan jam Rolex berharga RM34,542 kepada ‘auntie cleaner’ setelah 10 tahun berkhidmat. Sebuah kumpulan restoran di Singapura, Paradise Group baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas menghadiahkan seutas jam tangan berjenama mewah, Rolex kepada seorang ‘cleaner’ yang sudah berkhidmat sejak sekian lama.

Dalam acara makan malam tahunan kumpulan berkenaan baru-baru ini, 98 utas jam Rolex yang berharga sekitar SGD10,000 (RM34,542) telah dihadiahkan kepada pekerja yang telah lama berkhidmat dengan mereka tanpa mengira jawatan.

Menariknya, salah seorang yang menerima jam tersebut adalah seorang ‘auntie cleaner’ berusia 67 tahun, Tan Ai Tee yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama kumpulan restoran berkenaan.

Majikan hadiahkan jam Rolex berharga RM34,542 kepada 'auntie cleaner' setelah 10 tahun berkhidmat

Menurut laporan, Tan mula bekerja seawal usia 16 tahun dan melakukan pelbagai kerja termasuklah menjual nasi ayam, memasang alatan komputer dan pernah juga bekerja sebagai pembantu jualan.

Tambah Tan lagi, beliau mula berkhidmat di Paradise Group pada tahun 2013 sebagai kakitangan dapur di salah sebuah restoran makanan laut milik kumpulan berkenaan sehingga ia ditutup pada 2016.

Selepas itu, beliau menjadi petugas pembersihan di ibu pejabat Paradise Group, bekerja untuk lima hari seminggu bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Majikan hadiahkan jam Rolex berharga RM34,542 kepada 'auntie cleaner' setelah 10 tahun berkhidmat

“Saya terharu dan gembira kerana bos menghargai saya sepanjang di sini. Tak sangka pekerja separuh masa seperti saya masih dapat juga jam ini”, ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau audah menganggap syarikat berkenaan sebagai ‘keluarga’ dan tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka walaupun pada awalnya ingin berbuat demikian untuk menjaga anak mereka selepas suaminya bersara.

Menurut Tan lagi, ini bukanlah kali pertama beliau menerima hadiah penghargaan kerana beliau juga pernah menerima jongkong emas seberat 2.5 gram selepas 5 tahun berkhidmat, dan sebuah lagi jongkong emas seberat 5 gram selepas 8 tahun disana.

Baca Lagi:
Warga emas dipukau 3 wanita, rugi RM40,000 ditukar dengan 2 botol air mineral dan sepaket beras
Wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman harga cecah RM6,000 sekeping
Rupanya selama ini ramai yang salah guna kipas, ini cara sebenar penggunaan kipas dalam rumah
CATEGORIES