Ini bukti saintifik tentang petua minum air dari kulit durian boleh elak badan panas

Photo of author

By Joe

Ini bukti saintifik tentang petua minum air dari kulit durian boleh elak badan panas. Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan. Durian, yang juga dikenali sebagai “Raja Buah”, terkenal dengan rasanya yang unik, aroma yang kuat, dan tekstur berkrim. Walaupun durian disukai oleh ramai orang terutamanya di rantau Asia Tenggara, terdapat satu fenomena atau kepercayaan dalam kalangan masyarakat bahawa memakan durian (dalam jumlah yang agak banyak) menyebabkan peningkatan suhu badan.

Dalam artikel ini, kita akan membongkar misteri durian dan asas saintifik di sebalik petua bahawa makan durian menyebabkan peningkatan suhu badan dan meminum air daripada pangsa kulitnya boleh menurunkan suhu badan.

Durian, ‘raja buah’ yang tinggi kalori

Ini bukti saintifik tentang petua minum air dari kulit durian boleh elak badan panas

Walaupun durian adalah sejenis buah yang berkhasiat, namun pengambilan yang terlalu banyak boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang mungkin timbul akibat mengambil terlalu banyak durian termasuk masalah pencernaan seperti cirit-birit, kembung, loya, muntah, atau alahan. Selain itu, durian juga merupakan buah yang tinggi dengan kalori.

Jadi, jangan terkejut jika berat anda bertambah selepas makan terlalu banyak durian!

Disebabkan kalorinya yang tinggi juga, ia memerlukan masa lebih lama dan lebih banyak tenaga untuk dicerna. Oleh yang demikian, metabolisme badan kita juga akan meningkat untuk proses penghadaman ini, seterusnya boleh meningkatkan suhu badan.

Satu petua yang popular dalam kalangan masyarakat adalah meminum air daripada pangsa kulit durian bagi mengelakkan suhu panas badan. Tahukah anda bahawa petua ini telah diselidik oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari sudut saintifik. Memang sah, ada sesuatu yang mereka temui pada kulit durian ini!

Rupanya bahan ini yang dikatakan memainkan peranan penting

Terdapat satu kajian awal yang dijalankan oleh penyelidik daripada Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor, Malaysia yang mengkaji kesan rendaman air locule durian D24 terhadap pengurangan suhu badan selepas makan durian melalui penilaian suhu oral.

Rendaman air locule merujuk kepada air yang diminum menggunakan kulit pangsa dalam durian (endokarp) yang mengandungi isi durian dan dikatakan dapat menurunkan suhu badan sejurus selepas memakan durian.

Kajian juga tersebut mendapati bahawa air rendaman locule menunjukkan kesan perubahan dalam menurunkan suhu badan dalam tempoh masa yang singkat (iaitu kurang daripada 30 minit selepas memakan durian).

Hal ini kerana kewujudan satu bahan yang dinamakan sebagai pektin dalam air rendaman locule yang mungkin telah membantu memudahkan mekanisme homeostasis semula jadi dengan lebih cepat untuk menghalang sebarang pemanasan suhu badan secara tiba-tiba badan selepas memakan durian.

Walau bagaimanapun, para penyelidik ini mengatakan bahawa kajian ini masih di peringkat awal dan memerlukan lebih banyak kajian mendalam. Haa, kalau dah ada penemuan awal ni, mesti banyak lagi potensi durian yang masih belum kita terokai.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu bagaimana wang kertas Ringgit Malaysia dihasilkan, ini 3 proses yang terlibat
Pendakwah terkenal meninggal dunia ketika beri tazkirah dalam masjid, rakaman video buat ramai tersentuh
Wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman harga cecah RM6,000 sekeping