Lelaki jadi jutawan sekelip mata, jumpa duit syiling berusia 7 abad semasa menuai padi, tak sangka bernilai RM3.63 juta. Seorang lelaki menjadi jutawan sekelip mata selepas menemui kepingan syiling emas zaman kuno Inggeris pada tahun 1257.
Michael Leigh-Mallory, pakar pengesan logam telah menemui syiling tersebut di sebuah tanah ladang di Hemyock, Devon pada September tahun lepas dengan menggunakan alat pengesan logamnya.
Syiling yang berukuran 0.8 inci diameter itu ditemui tertanam lebih kurang 4 inci di tanah ladang tersebut.
Syiling emas yang memaparkan gambar King Henry III itu terjual dengan harga 648,000 pound atau lebih kurang RM3.63 Juta dalam acara lelongan yang diadakan. Henry III merupakan raja di England pada tahun 1216 hingga kematiannya pada 1272.
Pada mulanya. dia tidak tahu mengenai nilai syiling yang diperolehnya itu sehinggalah dia memuat naik beberapa gambar di facebook dan kemudiannya dia telah dihubungi oleh firma lelongan dari London iaitu Spink & Son.
“Syiling ini bukan sahaja menjadi syiling tunggal paling berharga yang ditemui dalam sejarah British, tetapi juga syiling Inggeris Zaman Pertengahan paling berharga yang pernah dijual di acara lelongan ini” ujar Gregory Edmund, pakar di Spink & Son.
Sehingga kini, dilaporkan cuma 8 keping syiling emas berkenaan yang berjaya dikesan dan ditemui dan majoritinya disimpan di muzium.Lelaki Menemui Syiling Emas Berusia 765 Tahun Dan Jadi Jutawan Selepas Jual Dengan Harga RM3.63 Juta – nangtime.com
Michael Leigh-Mallory yang merupakan seorang bapa yang berusia 52 tahun bercadang untuk menggunakan duit yang diperolehnya daripada syiling tersebut bagi pendidikan anaknya, Emily dan Harry Teh.
Syiling tersebut telah dibeli oleh ‘private collector’ yang tidak didedahkan namanya namun bercadang untuk meminjamkan syiling itu kepada muzium atau intitusi awam untuk dipamerkan.
Difahamkan juga, hasil jualan adalah dibahagi separuh antara Michael Leigh-Mallory dengan pemilik tanah di ladang tersebut.