‘Sebak tengok, terbayang ayah sendiri yang angkat’, netizen tabik spring tengok lelaki angkat peti sejuk ke tingkat 4. Mana-mana pekerjaan pun pasti ada cabaran mereka masing-masing
Walaupun nampak senang, tetapi hakikatnya banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai ke sesuatu tahap itu betul tak? Hanya kita saja yang tahu.
Seperti video ini apabila seorang lelaki membuatkan netizen terharu kerana mengangkat sendiri peti ais ke rumah pelanggannya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Cara nak angkat peti ais ke tingkat 4.. pic.twitter.com/m50XXDAws5
— Jalal Misai (@jllmisai) May 10, 2023
Angkat peti ais seorang diri sampai ke tingkat 4
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk menghantar pesanan peti ais baru ke rumah pelanggannya.
Dapat dilihat rumah pelanggannya itu jenis flat dan tidak mempunyai lif. Disebabkan itu, dia terpaksa menggunakan tangga.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukan mengangkatnya bersama dengan orang lain tetapi, berseorangan saja. Dia juga siap menunjukkan bagaimana dia mengangkat peti ais itu sehingga ke tingkat 4.
“Gila kuat punya kudrat. Semoga murah rezeki abang ni” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dan mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 150.2K views, 860 retweets dan 2,821 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Kuat betul tengok abang ni, semoga dimurahkan rezeki selalu 🙂