Lelaki ini enggan jual rumah teres, rumahnya jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah kiri-kanan

Lelaki ini enggan jual rumah teres, rumahnya jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah kiri-kanan

Lelaki ini enggan jual rumah teres, rumahnya jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah kiri-kanan. Seorang lelaki di Geylang, Singapura pernah menggemparkan orang ramai kira-kira tiga tahun lepas apabila enggan menjual rumah teres miliknya untuk tujuan pembangunan semula.

Terbaharu, akibat kedegilannya, lelaki tersebut sekali lagi menjadi viral di media sosial. Ia selepas tular sekeping foto yang menunjukkan keadaan rumahnya yang diapit antara dua buah bangunan kondo mewah yang hampir siap.

Selain keadaannya yang kelihatan agak janggal, rumah berkenaan juga dilihat tidak dapat mengelak daripada menerima tempias projek pembangunan semula tersebut. Menerusi gambar tular tersebut, dapat dilihat rumahnya terpaksa ditutup dengan kanvas dan bersesak dengan perencah (scaffolding) di sekelilingnya.

Lelaki ini enggan jual rumah teres, rumahnya jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah kiri-kanan

Menurut laporan Must Share News, dua projek pembangunan kondominium iaitu adalah projek NoMa yang dibangunkan oleh Macly Group dan projek La Brisa yang dibangunkan oleh Tiara Realty.

Rumah jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah

Semasa proses rundingan untuk pembangunan semula, kedua-dua pemaju tersebut dilapor menawarkan pampasan yang lumayan kepada semua pemilik-pemilik hartanah di kawasan berkenaan.

Kini, hasil tinjauan yang dibuat oleh sebuah portal berita tempatan mendapat projek perumahan di kawasan tersebut sudah hampir siap sepenuhnya. Tinjauan tersebut turut merakam keberadaan rumah lelaki tersebut.

Pemilik rumah dipercayai telah meninggalkan rumah tersebut pada 2022

Memetik Shin Min Daily News, tingkap pertama bagi rumah teres itu merupakan dewan sembahyang, manakala tingkat atasnya pula adalah ruang kediaman.Walau bagaimanapun, rumah tersebut dilapor telah ditinggalkan dan tiada penghuni dikesan tinggal di sana.

Seorang penduduk yang menetap di kawasan berdekatan memberitahu Shin Min Daily News, rumah tersebut dilaporkan kosong sejak Disember lepas.

Sejak bunyi bising mula kedengaran dari kedua-dua arah, berkemungkinan tuan rumah mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan memutuskan untuk berpindah.

Dia turut memaklumkan bahawa terdapat sebuah rumah teres di Geylang Lorong 28 yang juga tidak berganjak dari tapaknya.

Sebuah rumah teres di Geylang yang tidak dijualkan kepada pemaju

Tinjauan lanjut Shin Min Daily News mendapati rumah teres di Geylang Lorong 28 lebih bernasib baik berbanding rumah lelaki terbabit.

Pada kawasan luarannya, terdapat beberapa sangkar burung, pasu bunga dan akuarium ikan kelihatan.

Walaupun tuan rumah, Encik Goh (63) menolak untuk ditemubual, dia menegaskan bahawa dia tidak akan sama sekali menjual rumah tersebut.

Sebelum ini, dia mendedahkan bahawa mendiang ibunya telah membeli hartanah tersebut. Selepas pemergiannya, Goh dan kakaknya terus menetap di kawasan tersebut.

Goh mempertahankan keputusan tersebut dan mengingatkan tentang kesukaran orang awam untuk memiliki hartanah sendiri di Singapura hari ini.

Baca Lagi:
Lelaki ini bina apartmen rahsia dalam mall, 4 tahun duduk secara percuma tanpa bayar apa-apa
Masalah kesuburan kaum lelaki di Malaysia berada pada tahap membimbangkan
Rupanya ada maksud tersirat huruf ‘i’ pada iPhone yang ramai tak tahu
CATEGORIES