Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan

Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan

Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan. Bekas kakitangan Direktorat Cukai Kementerian Kewangan, mengaku menyembunyikan sejumlah wang daripada anak dan isterinya di dalam peti simpanan.

Rafael Alun Trisambodo didakwa oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah kerana menyimpan wang berjumlah RM10.9 juta (37 billion Rupiah) yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan rasuah, namun wang tersebut telah disita.

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui ada pihak-pihak yang memberikan wang rasuah selama dia bekerja.

Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan

Saya tidak pernah menerima sebarang bentuk wang daripada pihak-pihak lain yang bekerja di pejabat yang sama dengan saya.

Berdasarkan keterangan Rafael, dia menjelaskan bahawa wang simpanannya itu adalah daripada hasil jualan aset tanah yang telah dihibahkan oleh ibu bapanya pada tahun 2010. Dia juga telah memperoleh RM2.9 juta (10 billion Rupiah) hasil jualan aset tersebut yang telah ditukarkan ke matawang asing.

Walau bagaimanapun, Rafael menafikan bahawa dia tidak pernah menyimpan wang dalam bentuk mata wang asing.

Sorok dari anak isteri

Dalam pada itu, alasan yang diberikan oleh Rafael tentang penyembunyian wang tersebut adalah kerana isteri dan anaknya selalu meminta dia mengeluarkan wang simpanannya untuk berbelanja.

Memang saya sembunyikan wang tersebut. Tujuannya saya sembunyikan daripada keluarga saya dan tidak mahu anak serta isteri saya tahu tentang wang tersebut.

Terdahulu, Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah telah mengesyaki Rafael pernah menerima rasuah dalam bentuk wang.

Baca Lagi:
Lelaki ini bina apartmen rahsia dalam mall, 4 tahun duduk secara percuma tanpa bayar apa-apa
Masalah kesuburan kaum lelaki di Malaysia berada pada tahap membimbangkan
Cari gali Petronas: Jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan – Anwar
CATEGORIES